Recently Posted

advertisement



Study case adalah ruangan baru yang saya buat khas untuk membincangkan tentang masalah2 yang mungkin anda hadapi ketika membina satu2 aplikasi menggunakan PHP. Jika anda ada apa2 masalah yang mahu dikongsi bersama, sila email ke coozthaseq@yahoo.com dengan menggunakan “study case mdpai.com” sebagai subject email anda.

Study case kali ini adalah masalah yang saya ambil dari forum php.net.my. Masalah ini dikemukakan oleh sdr bushak;

“..
Katakan aku nak buat seacrh function.. User ada pilihan 2 input utk search:
1. nama
2. asal (negeri)

User boleh buat searching samada kedua² pilihan tersebut atau salah satu jer.. ..”

Jika field anda ada 2/3 saja, takde masalah, anda boleh test jika field itu di isi atau tidak dengan menggunakan function if else biasa. Tapi cuba bayangkan jika terdapat 10 field dan user boleh pilih nak isi yang mana dia mahu (maksudnya field2 tersebut tidak wajib diisi, field2 terbabit hanya akan diproses jika ianya tidak NULL).

Ini cadangan saya terhadap permasalahan ini;

$myArray = Array("nama" => $option1, "asal" => $option2, "umur" => $option3);
$where = "SELECT * FROM user WHERE ";
foreach($myArray as $key => $value){
if($value != ""){
$value = $key." RLIKE ".$value;
}
}
$temp = implode(" AND ", $myArray);
$where .= $temp;

Popularity: 4% [?]





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.