


Seringkali, kita sering membaca semula code PHP yang kita tulis setengah tahun yang lepas. Tapi, mesti kita terfikir, “..ni code ke apa ni? aku coding macam ni ke, tak faham langsung!..”. Ha tulah jadinya jika kita coding sesuka hati tanpa berfikir dahulu, salah satu ciri code PHP yang baik adalah walaupun 6 bulan selepas itu, kita masih lagi faham apa yang kita telah tulis. Kebaikan untuk ini adalah, kita boleh menggunakan semula code2 lama kita tanpa perlu menulisnya kembali, sng cerita jimat MASA.
Bagi saya, 2 benda yang paling penting untuk tujuan ini ialah nested block dan juga commented block.
Contoh:
if($user == "admin") { //if user == admin//code utk admin di siniif($varA == $varB) { //if varA == varB//code di sini//code lagi di sini} //end if varA == varB} //end if user == admin
Dalam code di atas, ada 2 blok IF, tengok yang saya telah komen setiap pembuka blok dan juga penutup blok. Ini penting jika code anda itu panjang dan terdapat banyak blok. Jika kita membaca code ini setahun akan datang pun, kita akan tahu, penutup blok ini untuk blok yang mana, penutup yang ini pula untuk blok yang mana. Jadi kita boleh jimat MASA untuk proses coding di kemudian hari.
Satu perkara lagi yang sering dilupakan ialah nested block. Lihat yang saya telah tabkan blok2 code saya. Nampak lebih teratur dan kemas bukan? Satu kelebihan utama berbuat begini ialah code kita senang dibaca oleh orang lain dan juga oleh diri kita sendiri.
Kesimpulan, saya tahu yang walaupun kita tak buat 2 convention di atas, memang takde masalah, code kita still betul. Tapi cuba bayangkan, 2-3 bulan selepas itu, kita nak tambah atau edit code kita yang sedia ada. Ha time tu baru tau kepentingan convention ni. =)
Popularity: 3% [?]


















March 17th, 2007 at 11:36 pm
nice tutoral..btw bro, ko dh ditag..check blog ni ha..
March 20th, 2007 at 6:05 pm
Kenapa Tutorial PHP tue x jadik?
March 21st, 2007 at 4:45 am
tutorial yang mana satu tu? boleh bg tau yg mana satu?
March 30th, 2007 at 2:30 am
mdpai senpai,
ada link rosak :http://www.mdpai.com/2006/07/27/kelas-1-basic-php/
April 3rd, 2007 at 12:35 am
ok, thanks for the info..