Recently Posted

advertisement



Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana merekabentuk banner anda. Ia amat mudah dan anda boleh mempraktikannya :).

Dibawah adalah contoh banner yang saya telah buat, anda boleh mengubahnya mengikut citarasa anda dan daya kreativiti anda.

1. Buka aplikasi photoshop, kemudian klik File>New. Namakan ia sebagai ‘banner’. Setkan Width 780px dan Height 140px. (Anda boleh merubahnya mengikut saiz yang anda kehendaki).

2. Setelah itu, klik Layer>New. Namakan ia sebagai ‘latarbelakang‘. Tukarkan warna pada ’set background color’. Ia seperti gambar ini . Selepas itu, klik Paint Bucket Tool dan klik pada banner kita tadi. Anda akan mendapat hasil seperti di bawah.

3. Kemudian klik Layer>New. Namakan ia sebagai ‘warnadidalam’. Klik pada Rectangular Marquee Tool. Buatkan satu kekotak baru didalam banner kita tadi. Dan warnakan ia mengikut citarasa anda dengan mengunakan Paint Bucket Tool .

4. Selepas itu, Klik sekali lagi pada Layer>New. Namakan ia sebagai ‘logo‘. Klik pada Custom Shape Tool. Pilihlah logo yang anda inginkan seperti di gambarajah dibawah.

Anda akan hasil seperti di bawah ini

5. Langkah kelima, klik sekali lagi pada Layer>New. Namakan ia sebagai ‘garisan‘. Klik pada Rectangular Tool, buat garisan tebal seperti di bawah,

Untuk mendapatkan garisan-garisan yang lain, anda cuma perlu duplicate layer tersebut, seperti gambarajah di bawah, anda hanya perlu klik kanan pada mouse,

6. Langkah terakhir, klik pada Layer>New. Namakan ia sebagai ‘namawebsiteanda‘. Klik pada logo ‘T’ yang mewakili teks. Taiplah nama website anda atau pun apa sahaja mengikut keperluan anda. Dan anda akan mendapat hasil seperti banner di atas.

Selamat mencuba!

by : aidacutes

Popularity: 5% [?]





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.