


Saya ingin berkongsi dengan anda tentang penggunaan Adobe Photoshop cs. Untuk pengetahuan semua, version photoshop yang telah diupgrade ini mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Adakah anda masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang anda boleh lakukan dengan menggunakan perisian ini? Percaya atau tidak, selepas mengetahui kelebihan perisian ini, anda pasti menyukainya!
Diantara aktiviti yang anda boleh lakukan dengan penggunaan aplikasi ini adalah :
- Memperbaiki, menambah baik imej gambar
- Membuang red-eye yang selalu berlaku pada kebanyakkan gambar
- Mereka bentuk laman web
- Mereka bentuk video grafik
- Meletak efek tertentu pada grafik
dan seribu macam lagi yang anda boleh lakukan.
Okey, untuk pertama kalinya saya ingin menunjukkan bagaimana melakar imej menggunakan layer seperti di bawah.

Arahan :
1. Setelah membuka aplikasi photoshop, klik Open>File>imej anda

2.Langkah kedua, tukarkan blend mode kepada “Soft Light” seperti di bawah

3. Setelah itu, klik kanan mouse pada layer tersebut, dan klik “duplicate layer”

4.Setelah anda duplicate, tekan Crtl+Shift+U dan ia akan desaturate kan. Selepas itu, duplicate sehingga dua kali lagi dan masing-masing telah desaturate kan dan akan enjadi seperti di bawah.

5. Sekarang, pergi ke “aidacutes copy 3″, pergi ke Filter>Blur>Motion Blur. Setkan “distance” sebanyak 10px.
6. Kemudian, pergi ke “aidacutes copy 2″ setkan seperti di atas, tetapi setkan “distance” sebanyak 20px.
7. Manakala pada “aidacutes copy” tukarkan bleeding mode kepada “screen”. Dan anda akan mendapat hasil seperti di bawah.

8. Selepas itu, dapatkan “Elliptical Marquee”


9.Setelah itu, anda klik kanan, dan pergi Layer>New Layer. Selepas itu pergi ke Select>Inverse. Ia akan menjadi seperti di bawah

10. Setelah itu, anda pergi ke Filter>Blur>Gaussion Blur. Dan pastikan “distance” 50px.
dan hasilnya seperti di bawah! selamat mencuba!!

Popularity: 4% [?]


















June 9th, 2007 at 11:46 am
wah..bagus ni..saya ada Adobe Photoshop cs2, tp x tau nak guna sgt nih..i will try
September 11th, 2007 at 12:42 pm
teringin gak nak belajar photoshop ni…walaupun tak berapa pandai tapi ada hajat di hati nih…nanti free saya datang sini nak belajar, harap dapat bantuan dan tunjuk ajar dari tuan rumah.
Tq singgah blog saya
February 12th, 2008 at 5:11 pm
kirim salam je aa kat aidacutes