



Anda pasti biasa lihat efek jenis ini (mirror) pada beberapa design seperti ebook, blog/website header, logo dan macam2 lagi. Untuk sesi kali ni, saya akan menunjukkan satu teknik mudah untuk melakukannya. Efek yang anda hasilkan pasti kelihatan seolah2 ‘hidup’.
1- Klik Ctrl + N (atau File kemudian New.. untuk membuat fail baru),
Letakkan saiz ukuran canvas yang anda mahukan (Width 400 pixels,Height 200 pixels sbg contoh) Klik OK

2- Klik Layer, New.. Namakan sebagai ‘background’. Tukarkan warna pada ’set background color’ .
. Saya memilih warna hitam sebagai contoh. Selepas itu, klik Paint Bucket Tool
dan klik pada layer asal..

kemudian masukkan Teks kesukaan anda (shortcut ‘T‘) (saya memberi contoh ‘mdpai’ dgn warna putih). Hasilnya adalah seperti ini

3. Konsep cerminan terbahagi 2, iaitu ‘objek’ dan ‘imej’. Teks ‘mdpai’ putih tadi kita anggap sebagai objek. Sekarang, kita ciptakan satu imej cerminan pula. Klik kanan pada Layer ‘mdpai’ dan pilih ‘Duplicate Layer‘, Namakan layer ini sebagai “mdpai mirror”. Lihat gambar di bwah.


4.Sekarang ada 2 objek yg serupa. Tukarkan warna imej (mdpai mirror) itu utk membezakannya dengan objek asal. Double click pada layer ‘mdpai mirror’
.
Tukarkan warna yang anda rasakan sesuai seperti rajah di bawah. *saya pilih warna oren.

kini layer “mdpai mirror” menjadi warna oren.
5.Klik Move Tool, dan tandakan pada Show Bounding Box. Lihat gambar di bawah.

Kemudian klik pada titik tengah dan tarikkan dari atas ke bawah. Ikut seperti gambarajah di bawah.

Gerakkan ke bawah sedikit imej mirror itu dgn mouse anda. Hasilnya seperti di bawah ini.

6. Ubahkan format teks ‘mdpai mirror’ itu tadi kepada format ‘Type’. (ingat, anda tidak boleh mengubahnya semula kepada bentuk teks selepas ini) Klik “Layer“, “Resterize“,”Type” seperti rajah di bawah,

hasilnya.. format Teks untuk layer “mdpai mirror” telah berubah kepada format Type seperti di bawah.

7. Kita tambahkan kekemasan mdpai mirror tu untuk menampakkan ia ‘hidup’. Kita akan gunakan tool “Eraser” utk tujuan ini. Klikkan ikon pemadam, ubahkan setting seperti gambar di bawah.(setkan Opacity 25%, Mode Paintbrush, Brush 35)

8. Baiklah, kita mulakan kerja-kerja pemadaman yang berperingkat2.. Klik (jangan lepas) pada bahagian yang ditunjukkan seperti rajah di bawah.

Kemudian, lepaskan klik. Ulang lagi proses tadi pada kawasan yang lebih rendah sedikit berbanding proses sebelumnya.Lihat gambar di bawah.




dan teruskan pengulangan sehingga anda mendapatkan kesan cerminan yang terbaik.
9. Tamat.. anda bolehlah Save kan imej ini kepada bentuk JPG, GIF, BMP dan sebagainya (klik “File” dan “Save As..”)
Contoh lain yang dah saya dah siapkan. Lihat bawah.

SELAMAT MENCUBA KAWAN2…
———————————————————————————-
ditulis oleh Irfan Jani,
penulis adalah jurugrafik logo bebas di IrfanReka.com dan TheLogoBrand.com
Popularity: 17% [?]


















January 24th, 2007 at 2:11 pm
aku dah link blog kamu
January 30th, 2007 at 9:29 am
mad, pasai apa aku cari butang ‘paint bucket tool’ tu tak jumpa2 dalam photoshop CS2.. ko pakai version brapa? mintak maap laa, aku baru nak belajar pasai photoshop ni.
January 31st, 2007 at 2:13 pm
eh ada..version mana pun ada rasanya sebab tutorial ni buat dalam photoshop 6, dan sy cek dalam photoshop CS2 pun ada jugak…
maybe dia terlindung je tu.cuba cari tool gradient dan tekan lama2..nnt die akan kuar paint bucket tool tu.. cth kat sini http://www.mejuke.com/out.php/t62_tut.JPG
February 11th, 2007 at 10:57 am
ha ha ha.. cam gitu rupanya… susah btul org tak pandai nih…..
February 21st, 2007 at 3:41 pm
teknik mirror yang best!!!…thanks kerana buat tutorial berkaitan photoshop ni..hehehe mdpai tak buat tutorial adobe illustrator ke?…pagemaker ke?…kalau abg nak sumbangkan ilmu kat sini boleh tak?…dah berapa lama buat design.
October 15th, 2007 at 4:41 am
Aiseh. Kene belajar nih..Memang kaw-kaw ni. Aku lomah sikit photopshop nih..
October 23rd, 2007 at 3:06 pm
Hello, This is just what I was looking for!
October 26th, 2007 at 2:01 pm
wih…keren juga! ada yang lain nggak?
October 29th, 2007 at 2:41 pm
[…] { Oktober 29, 2007 @ 6:41 am } · { Uncategorized } { } Tutorial Photoshop 2: Efek Cerminan (mirror) pada Logo […]
February 12th, 2008 at 5:06 pm
fuhh.. thx.
err. camna ek kalau nak lapis muka?
maksud aku, aku nak buat projek badan the Rock .
muka dia aku punye la.
February 23rd, 2008 at 12:25 pm
@wan/@titan - sama2 belaja no problem.. =) kalau tak faham kita tanya..
@matzis - ha tu yg sy tunggu tu..sy dah offer dah dulu …kalau abg ade bahan, submit je kat sy.. no problem.
@yani - ada, search saja di dalam web ini
@yawakas - tu boleh search dalam google, byk ada rasenye =) sy dah kurang buat design ni, dah berkarat2 dah..
March 23rd, 2008 at 7:07 pm
camana nak edit poto jadi lukisan pensil alias lukisan itam putih?