


Ini adalah sambung dari post Bina iklan anda Bhg 1
6. Tip: Letakkan Teks “Klik Sini” / “Sila Klik Saya” / “click here” untuk menyuruh pelawat mengklik iklan anda. Ia sangat penting walaupun anda tahu pelawat sedia maklum bahawa iklan adalah sememangnya untuk diklik. (tip ini diperolehi daripada pakar-pakar pemasaran Internet).

7. Baiklah. Jika kesemua teks dan Imej yang anda letakkan sudah cukup, kita mulakan kerja-kerja penyuntingan animasi. Mula-mula klik butang “Duplicates current frame” untuk menambahkan frame pergerakan. (seperti gambarajah di bawah):

8. Untuk setiap frame, anda ubahkan paparan teks dan imej mengikut kehendak anda. Kebiasaannya satu frame adalah untuk memaparkan satu teks sahaja. Anda juga bebas untuk lakukan perubahan warna, opacity, saiz dan sebagainya bersesuaian dengan kreativiti anda. (saya cuma membuat perubahan pada layer untuk menjadikan ia lebih ringkas dan mudah)

9. Jika frame sudah mencukupi, ubahkan waktu paparan yang anda mahukan bagi setiap frame. Anda boleh ubahkan waktu paparan tersebut secara satu persatu seperti gambarajah di bawah.

10. Ataupun secara pukal. Tekan “Shift” bersama klik kiri , kemudian set kan masa paparan pada antara salah satu frame dan secara automatik kesemua frame pilihan itu akan turut berubah. Tip: Untuk paparan teks, pastikan anda memilih jangka waktu yang mampu membolehkan membaca teks itu.

Tip: Jika anda perasan, saya membuat banyak frame khas untuk teks “Klik Sini”. Saya juga set kan waktu paparan selama 0.2 saat. Ini kerana saya ingin menjadikan teks itu seakan berkelip-kelip.

11. Anda boleh klik pada butang “play” untuk melihat hasil pergerakan animasi iklan itu seperti gambarajah di bawah. Jika terdapat kesilapan pada mana-mana frame, pastikan anda “stop” kan dulu animasi itu sebelum melakukan apa-apa pengubahsuaian bagi sesuatu frame.

12. Jika segalanya berjalan lancar, bolehlah anda Save kan format animasi iklan itu sebagai “animated GIF”. Klik “File” > “Save Optimized As” (lihat rajah di bawah).

13. Tulis nama file tersebut dan tekan “Save”. Jika anda sudah mahir dan benar-benar pakar, anda bolehlah lakukan perubahan pada “Output Settings..” (lebih baik kalau tidak diusik)

14. Animasi sudah pun siap, anda bolehlah hantarkan iklan ini kepada penyedia iklan. Bagi yang ingin memaparkan di laman peribadi dengan menggunakan HTML code, anda bolehlah membaca arahan seterusnya.
Masukkan imej anda di laman penyedia hosting untuk imej yang percuma. Contohnya di www.mejuke.com . Tekan “Browse” dan pilih iklan banner anda dan tekan pada “Host It”.

15. Kemudian Copy alamat iklan di bahagian “Direct Linking Code” seperti rajah di bawah.

16. ” Paste”kan alamat gambar iklan (dari mejuke.com) itu ke dalam skrip HTML di bawah. Letakkan pula alamat URL ke mana pelawat akan dihubungkan setelah mereka klik iklan tersebut.
“sila buangkan simbol ( ) dan masukkan URL bermula dengan http://
contoh iklan di bawah adalah menggunakan skrip seperti ini:
Selamat mencuba kawan-kawan..
* * *
tutorial ini ditulis oleh Irfan Jani, freelance logo designer www.IrfanReka.com untuk www.mdpai.com
ANDA BEBAS MEMBUAT SEBARANG PENYALINAN DARI TUTORIAL INI TETAPI PERLULAH MEMBERI KREDIT DENGAN MENGEKALKAN NAMA DAN LINK PENULIS.
SILA DAPATKAN KEIZINAN TERLEBIH DAHULU DARI www.IrfanReka.com ATAU www.mdpai.com
Popularity: 3% [?]



















February 21st, 2007 at 3:50 am
[…] Sambungan Bahagian 2 Share it with your friends: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages. […]
February 24th, 2007 at 8:58 pm
tutorial yang sangat bagus.. Nanti saya cuba buat.
February 27th, 2007 at 5:40 pm
saya dah cuba menda nie, boleh usha kat bahagian iklan blog saya
March 4th, 2007 at 2:13 am
sempat promote mejuke.com nampak? hehe..
March 6th, 2007 at 5:34 am
bagus!;)
April 3rd, 2007 at 12:25 am
Bagus juga tipnya ini, nanti akan saya coba buat sesuai dengan tutorial yang anda berikan. terima kasih
salam kenal
~agus manggala~
April 6th, 2007 at 11:46 pm
Terima kasih Pai.
Ilmu yang manfaat. Saya baru siap satu tadi. Ini percubaan pertama saya di http://www.badruzamani.org/images/saleletter.gif.
Kalau ada komen, jangan malau - malu untuk komen.
April 9th, 2007 at 12:42 am
Bagus ler md pai nie…
June 7th, 2007 at 2:41 am
tutorial yg bagus!