Recently Posted

advertisement



Seperti contoh di atas, anda pasti selalu melihat iklan-iklan kecil yang selalu dipaparkan di mana-mana laman. Ada pelbagai saiz , bentuk dan jenis fail animasi yang digunakan. Iklan yang paling popular digunakan adalah jenis fail *.gif (animated GIF) dan *.swf (Shockwave Flash file).. Pada hari ini, kita sama-sama mempelajari satu teknik mudah bagaimana untuk membuatnya (untuk versi GIF). Anda cuma memerlukan perisian Adobe Image Ready. (kebiasaanya didatangkan khas bersama Adobe Photoshop). Mari kita mulakan.

1. Sila open perisian Adobe Image Ready anda (saya hanya menggunakan Adobe versi lama, jadi tidak ada masalah untuk Adobe yang versi terkini.)

2. Klik “File” > “New” untuk memulakan fail baru.

3 Sila pilih saiz yang anda mahukan. (jika ingin mengiklan di mana-mana laman, pastikan saiz ini menepati kehendak penyedia iklan)

4. Letakkan Teks yang anda mahukan dengan menekan ikon “T” untuk function “Text”. Seharusnya anda perlulah kreatif dalam memilih teks yang bersesuaian untuk menarik perhatian pelawat. Tip: Elakkan penggunaan ayat yang meleret-leret. Elakkan menggunakan warna latar belakang yang gelap dan warna teks yang cerah. (Tip pengiklanan berkesan boleh didapatkan dari pakar-pakar berkaitan seperti SaifulSham, SmartZul dan sebagainya)

Tambahkan lagi beberapa teks yang anda mahukan. Ubahkan paparan “Layers” mengikut kemahuan dan kreativiti anda untuk memudahkan proses hiasletak sesuatu item.

5. Untuk memasukkan objek dan imej pula, Klik “File” > “Open” (atau Ctrl+O), dan pilih imej yang anda mahukan. Tip: Pemilihan objek perlulah bersesuaian seperti cover ebook/ezine, logo perniagaan/blog dan apa-apa imej yang menyerlahkan identiti dan jenama anda.

Tekan “Ctrl+A” pada logo dan Tekan “Ctrl+X” untuk Cut logo tersebut. Kemudian pindahkan ke fail banner anda dengan tekan “Ctrl+V” untuk paste kan logo itu ke dalamnya. Sila Lihat gambarajah di bawah.

Sambungan Bahagian 2

Popularity: 3% [?]





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.