Pengenalan kepada ASAS HTML

-->
Mari kita mulakan pembelajaran ASAS HTML. Tahukah anda apa itu HTML?

HTML adalah satu Penguraian Jenis Data atau DTD (Data Type Descriptor) bagi Bahasa Penanda SGML (Standard Generalised Markup Language). HTML adalah ringkasan daripada HyperText Markup Language iaitu merupakan DTD SGML yang paling popular.

Bahagian utama sesuatu dokumen HTML adalah teksnya. Teks ini ditanda dengan menggunakan label atau tag HTML. tag – tag kelihatan seperti berikut :

Ini Satu TAJUK HTML

dimana;

= Tag Bermula

Ini satu TAJUK HTML = Teks yang akan terpapar

= Tag Akhir

Setiap tag HTML ditutup oleh pasangan simbol >. Kebanyakan tag akan mempengaruhi sebahagian teks dan digunakan secara berpasangan. Semua maklumat penandaan yang anda bekalkan kepada pelayar web adalah di dalam bentuk tag.

Sesetengah jenis tag memerlukan maklumat tambahan. Misalnya tag IMG (yang menghasilkan imej terbenam) memerlukan nama fail imej dan mungkin juga maklumat mengenai saiz imej dan bagaimana pelayar web harus menyusun teks di sekeliling imej tersebut.

Maklumat – maklumat ini dipanggil “attribute” tag itu. Hanya tag mula mempunyai attribute – attribute. Contohnya adalah :

dimana;

= menandakan jenis tag iaitu tag imej

SRC = Nama attribute iaitu singkatan kepada source dan memberi lokasi fail

andy.gif = Nilai attribute.

Baiklah, saya yakin anda sudah mula memahami serba ringkas tentang asas HTML. Kita akan sambung pembelajaran ini seterusnya dengan membuat satu page HTML menggunakan Notepad.

  • Share/Bookmark
Written by mzpah on December 5, 2006

No Responses to “Pengenalan kepada ASAS HTML”

LEAVE A COMMENT