


Mungkin anda sedang membangunkan satu sistem yang membabitkan database, contoh mudah, satu sistem student management di mana maklumat2 student disimpan di dalam database dan dikendalikan oleh seorang penyelia IT.
Setiap tahun pasti ada student yang menamatkan study mereka, dan sudah tentunya maklumat mereka ini perlu dipadamkan dari database sistem kita tadi. Secara asasnya, kita hanya perlu menyediakan satu form, dan beberapa sql statement utk memadam maklumat2 tadi.
Tapi jika kita mengambil kira dari sudut kesilapan pengguna, ada kemungkinan yang pengguna sistem tersebut memadam data yang salah; banyak faktor yang menyumbang, tersalah baca nama pelajar, nak tekan button edit tapi tertekan delete etc. Jadi apa yang boleh kita lakukan, sebagai seorang programmer, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku?
Approach yang saya ambil untuk menyelesaikan perkara sebegini, adalah dengan menggunakan Javascript. Hanya memerlukan pengubahsuaian yang sedikit terhadap code asal anda.
<script language="javascript"> <!-- function confirmDelete() { var answer = confirm("Tekan Yes jika anda mahu memadam data ini dari database"); if (answer){ return true; } else{ alert("Proses dibatalkan oleh pengguna"); return false; } } //--> </script>Masukkan script ini di dalam tag body page anda. Ok, sekarang untuk form anda pula, hanya tambah onclick=”return confirmDelete()” di dalam button submit anda. Contoh:
<form method="post"> <input type="submit" onclick="return confirmSubmit()" value="Delete" name="Delete" /> </form>
Jadi jika pengguna menekan button delete, data tersebut tidak terus dipadam, tetapi pengguna akan terlebih dahulu ditanya (meminta kepastian pengguna tentang tindakannya). Jika pengguna menekan Yes, maka data tersebut akan dipadam, tetapi jika dia menekan No, dia akan kembali kepada page asal.
Sekian untuk tutorial kali ini, Selamat berpuasa kepada semua..
Popularity: 27% [?]


You may be the one to comment first. Please leave your message below.















