Recently Posted

advertisement



Ok, ni merupakan sambungan kepada Bahagian 1. Perkara kedua yang kita boleh buat adalah Forum Networking (rangkaian forum). Seperti mana yang kita tahu, di internet, terdapat banyak forum-forum yang membincangkan segala jenis topik yang kita boleh bayangkan wujud.

Apa yang menariknya tentang ini, kebanyakkan forum ini membenarkan ahlinya membuat “signature” mereka sendiri. “Signature” adalah satu ruangan kecil yang akan muncul setiap kali kita membuat post di forum terbabit. “Signature” selalunya mengandungi maklumat tambahan tentang penulis post tersebut.

Ok, apa yang kita boleh buat di sini, masukkan link website anda di “signature” anda. Tapi ingin saya ingatkan di sini, sebelum berbuat demikian, pastikanlah anda telah pun dikenali di forum terbabit, tidak terlalu aktif pun tak mengapa, asalkan dikenali. Nanti tidaklah dikata Spammer pula. Bonus untuk ini, jika anda sudah dikenali di forum itu, peratus untuk orang lain klik pada link di signature anda amat tinggi.

3)Reciprocal Links

Reciprocal links ialah link 2 hala, sebagai contoh, link website A terdapat di website B, begitu juga sebaliknya, link website B terdapat di website A. Reciprocal links mempunyai 2 kebaikan besar untuk anda.

Kebaikan pertama, semakin banyak reciprocal links anda, semakin tinggi peratus user memasuki website anda. Ini logik. Manakala kebaikan kedua adalah, ini tips penting! untuk menentukan ranking website anda di search engine, reciprocal links juga diambil kira! Jadi tunggu apa lagi, cari reciprocal link anda sekarang!

4)Email signature

Cara ini selalunya dianggap spam jika tidak digunakan dengan sebetulnya. Sebaiknya sebagai contoh jika anda menghantar email, sertakan hanya satu link pendek di signature email anda. Jadi mungkin ada penerima email anda yang tertarik untuk menekan link tersebut, sapa tahu?

p/s: Saya telah pergi bercuti ke Paris beberapa hari yang lalu. Post saya yang akan datang, saya akan menceritakan pengalaman saya di sana.

Popularity: 2% [?]





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.