


RM675, jumlah yang saya belanjakan sebentar tadi untuk membeli belah. Nampak macam jumlah yang besar tapi hakikatnya saya hanya membeli 6 helai baju, sehelai seluar dan sepasang kasut. Itulah hakikatnya hidup di Nice, France yang taraf hidupnya lebih tinggi berbanding dengan Malaysia. Nilai wang yang digunakan di sini, Euro 4.6 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia. Bermaksud 1 Euro = RM4.60. Satu nilai yang besar..
Satu contoh, makanan yang selalu saya makan di sini, iaitu kebab. Kebab di sini rata-ratanya berharga 5 euro, ataupun RM23 setiap satu!! Jadi bayangkan berapa yang saya belanjakan untuk makan sahaja di sini? Oleh kerana itulah saya selesa untuk masak sendiri sahaja. Lebih jimat, makan nasi pula tu.
Mujurlah kerajaan Malaysia, khasnya MARA memperuntukkan wang yang cukup untuk kami di sini, iaitu sebanyak RM5000 atau 1000 Euro (hampir-hampir) setiap bulan. Wang yang saya gunakan ini tak lain dan tak bukan, datang dari wang cukai anda juga.. Jadi secara tak langsung anda dapat pahala dengan membayar cukai anda, betul tak?
Popularity: 2% [?]


















August 1st, 2006 at 1:48 am
hehe..cam promote suh bayar cukai jer :p
tapi siyes, mahal la..camtu baik beli kat sini, seblum gi sana..takpun beli ngan saya, saya wat online shoping utk mereka yang diperantauan..hehe
August 1st, 2006 at 9:47 am
Cukai kan wajib bayar
elok jugak tu, sebab kami kat sini pun mmg ada la juga beli online ni, dr amazon, ebay, sebab kat sini, membeli pakai kad kredit tu dah jadi mcm perkara biasa. Saya sendiri pun ade 2.
August 6th, 2006 at 6:54 pm
erk,erm…nk ckp ape ek..sbnrnye saudara boleh berjimat dgn tidak membeli terlalu byk baju.saye disini(france jgak) tidaklah berbelanje sbyk saudar walaupon duit yg saye dpt,same jumlahnyer dgn saudara..emak saye di msia pesan baik2 berbelanje sbb kite x tau ape akan jadi pd mase dpn..mak saye pon byr cukai jgak! wakaka!!erm, pepehal pon, saye stuju ngan sedare.living cost kat cni sgt tinggi!!erm,so, rakyat msia, bersyukurlah menjadi rakyat msia..erk, ape aku merapu ni.tp, serius nk balik msia!!