



Setelah melilau-lilau hampir sejam di amazon.com, saya mengambil keputusan untuk membeli buku dari Mike Slocombe yang bertajuk Max Hits: Building and Promoting Successful Websites.
Apa yang menariknya tentang buku ini adalah ia membincangkan tentang bagaimana untuk merancang dan membina sebuah laman web, bagaimana untuk merekabentuk sebuah laman web, struktur laman web dan butang navigasi, dan juga yang paling penting untuk sebuah laman web perniagaan, bagaimana untuk mempromosikan laman web anda.
Saya tertarik dengan buku ini kerana ia membincangkan bukannya tentang bagaimana mahu membina laman web semata-mata, tetapi bagaimana mahu membina laman web yang akan menarik jutaan pelawat ke laman web anda. Menarik bukan….
p/s : buku ini bukannya menjamin 100% bahawa anda akan mendapat jutaan pelawat, semuanya bergantung kepada usaha anda sendiri.
Popularity: 4% [?]


You may be the one to comment first. Please leave your message below.















