


Sempena bulan Ramadhan, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga sepanjang bulan puasa ni, rezeki kita bertambah.
Sehari sebelum puasa, kami pelajar Malaysia di sini pergi melawat ke SanRemo, Itali, sebuah bandar lama yang masih kekal hingga ke hari ini. Perjalanan menaiki train trenitalia dari Nice ke SanRemo mengambil masa lebih kurang 75 minit (sempat la juga tertidur dalam train tu).
Sesampai di SanRemo, memang boleh diagak yang bandar ini adalah bandar yang lama, mengikut ceritanya, dari zaman Rome lagi. Susun atur bangunan pun memang dikekalkan, tidak berubah sejak beberapa ratus tahun yang lampau. Pertama kali saya sampai ke bandar yang sebegini, memang seronok. Bandar lama tersebut di bina di atas bukit, jadi jalanannya memang curam, letih pun ada kerana kami mendaki hingga ke bekas istana bandar tersebut, yang mana sekarang hanya tinggal runtuhan sahaja. Istana tersebut terletak di kedudukan paling tinggi di bandar SanRemo.
Setelah penat berjalan, kami singgah pula di muzium yang terdapat berdekatan dengan pelabuhan SanRemo. Di situ, terdapat sejarah tentang zaman orang asli di SanRemo, zaman Rome, dan juga zaman Napoleon. Walaupun muzium tersebut tidak sebesar mana, tapi barang-barang purba yang dipamerkan memang menarik (mungkin kerana saya meminati sejarah Rome).
Memang lama kami berada di sana, dari pukul 10 hingga 7 malam. Rosak plan saya nak update website. hehe


Popularity: 3% [?]


















September 25th, 2006 at 4:42 pm
wa best nya berjalan2 di negara orang….. gambar mdpai takde ke?
September 26th, 2006 at 7:17 am
wah, tgk gambar kat atas macam main game prince of persia lah pulak |o|
September 26th, 2006 at 3:52 pm
Wah… best woo dok kat luar negara
kes2
September 27th, 2006 at 5:23 pm
Assalamualaikum, mdpai , boleh ko edit order form tuh. buyer > isi borang > data borang dihantar ke email > buyer di bawa ke page terimakasih.html.
Boleh ker ko buat kan untuk aku, ko edit kat post ko pasal order form.
September 27th, 2006 at 6:30 pm
hehehe…nikmati Itali..
September 27th, 2006 at 7:14 pm
cikgubiz: sy dah masukkan gambar2 dekat sana, tapi tak banyak.
muhdmuahx:ok, nnt sy edit.
September 27th, 2006 at 7:57 pm
best! jauh perjalanan, luas pengalaman.
October 4th, 2006 at 1:44 am
Assalammuaalaikum mdpai.. Hi, kini saya kembali setelah lama menyepi.. Byknyer berjalan.. Bila nk start kelas php balik nie..
October 5th, 2006 at 1:46 pm
menjana ekonomi dengan cara yang lebih berkesan dalam dunia perniagaan internet…
jauh berjalan banyak pengetahuan…
selamat maju jaya…