Recently Posted

advertisement



Musim panas dah berakhir! itulah tanggapan saya apabila di sini, 2 hari berturut-turut hujan turun. Sale musim panas pun dah habis, nasib baik lah saya dah membeli baju-baju untuk winter nanti. Kipas di bilik ni pun dah 2 hari tak berpusing. Em… 

Pada akhir bulan 10 dan bulan 12 ni, saya akan bercuti. Bukannya saja-saja minta cuti, memang dalam takwim kolej tempat saya belajar tu tertera cuti. Tup tup kebetulan pula akhir bulan 10 tu hari raya aidilfitri pula. Raya + cuti = ada sebab nak balik Malaysia ni! :) walaupun berkesempatan, saya kuburkan saja niat saya tu memandangkan tambang kapal terbang yang tinggi. Pertama kali raya kat perantauan, hmm mencabar ni..

Bak kata orang, sambil menyelam minum air, alang-alang saya kat sini, cuti pula tu, baik saya pegi jalan-jalan kan? Setelah berbincang dengan beberapa orang rakan, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Rome, Itali pada cuti bulan 10 dan ke London pada bulan 12. Saya dah lama berhajat untuk ke kota Rome memandangkan Rome ialah antara kota yang paling bersejarah di dunia. Dapat pergi tengok Colosseum tu pun jadi la.

Dalam 3-4 hari ni mungkin saya akan sibuk mencari maklumat tentang tiket kapal terbang, penginapan kami, dan juga serba sedikit tentang bandar Rome. Bukan apa, saya teringat pesan sifu saya, “..perancangan awal tu penting..”. Memang benar kata dia, kalau kita tak merancang dari awal, kelam kabut jadinya. Lagipun tiket kapal terbang juga murah kalau tempah awal, dalam 40 Euro pergi balik kalau tempah 3 bulan awal. Kalau lambat, harga tiket boleh naik sampai 170 Ero pergi balik. Ini pernah terjadi kepada saya sendiri, untuk ke Dortmund, German (piala dunia yang lepas) harga tiket saya 165 euro walhal kalau saya tempah 3 bulan lebih awal, harganya hanya 40 euro!

Popularity: 3% [?]





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.