pengalaman di german…

-->

Walaupun agak terlambat, tapi nak juga saya menceritakan pengalaman saya di Dormund, German sempena Piala Dunia baru-baru ini kerana saya rasa pengalaman saya ni boleh dikongsi dengan semua pelawat mdpai.com walaupun tak sehebat mana.

Petang 2 Julai saya bertolak dari Nice terus ke Dortmund. Sepanjang perjalanan, saya tak jemu melihat permandangan yang amat menarik dari tingkap kapal terbang Easyjet yang saya naiki, banjaran Alps, ladang-ladang anggur, ladang-ladang gandum semuanya kelihatan kecil dari pandangan saya.

Sesudah sampai, kami (saya dan rakan-rakan sekelas) terus bertolak ke tempat penginapan kami yang terletak betul-betul di sebelah Stadium Dortmund, tempat yang akan berlangsungnya perlawanan separuh akhir di antara German dan Itali. Penginapan yang disediakan tidaklah begitu selesa, tapi bak kata orang, bolehlah buat tidur. Di sini kami diberikan satu tag di mana kami oleh menaiki pengangkutan awam secara percuma selama 4 hari! emm..menarik.

Jadi keesokkan hari kami bertolak ke Koln (bhs german) atau Cologne dalam bahasa perancis. Di sana kami melawat salah satu tarikan di Koln iaitu Kolner Dome, sebuah kathedral yang amat besar. Saya tak melepaskan peluang untuk masuk ke dalam Dome tersebut dan apa yang saya dapati, seni bina dan seni arkitek Dome ini amat mengkagumkan kerana di dalam Dome itu sendiri, selain dari saiznya yang amat besar, ia penuh dengan ukiran-ukiran yang menarik.

Pada hari perlawanan (keesokkan harinya), kami hanya menghabiskan masa dengan membeli ole-ole world cup di bandar Dortmund. Ada yang borong baju, ada yang beli keychain. Saya sendiri membeli beberapa pasang baju dan keychain untuk kenang-kenangan.

Satu permandangan luar biasa yang tidak boleh saya lupakan ialah melihat penyokong-penyokong German dan Itali yang begitu ramai sekali, ini kerana di luar stadium, tersedia beberapa hall besar beserta skrin besar untuk mereka yang tidak berpeluang untuk masuk ke dalam stadium.

Perlawanan yang berkesudahan dengan German mengalami kekalahan 0-2 tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong mereka. Apa yang saya lihat, walaupun mereka kecewa atas kekalahan tersebut, mereka tidak patah semangat. Inilah sikap yang kita perlu ada untuk setiap perkara yang kita lakukan, termasuk dalam perniagaan internet sekalipun, kerana gagal sekali tidak bermaksud gagal untuk selama-lamanya.

Pada petang hari ke-4, saya bertolak pulang ke Nice dengan pengalaman manis yang tidak akan saya lupakan. Mungkin bulan 10 akan datang saya akan ke Paris pula, jadi tunggukan coretan saya di Paris…

p/s: gambar-gambar di German akan saya masukkan nanti. :p

 

 

  • Share/Bookmark
Written by mdpai on July 27, 2006

5 Responses to “pengalaman di german…”

  • walaupun tak dapat pergi ke luar negeri, dengan adanya mdpai… dapat jugaklah merasa bagaimana keadaan di sana. jauh perjalanan, luas pemandangan. tq mdpai.. kalau ada gambar tu lagi cantekk… kata orang tu live. haha

  • hasrul: gambar akan sy masukkan nanti..sy ade problem nak masuk cpanel ni..tu yg susah sikit tu…

  • wahh.. menarik sungguh pengalaman sedara ye.. banyak ke ole2 yang dibeli?
    sedekah2 la sket… :p hehehe

  • best lar awk….pas sy grade,sy nk g mlancong r…dh lm x mlancong…awk tgu sy kat sn yer… :D

  • saya akan ke german mei 2009. nak tau tempay menarik kat german dan tempat makan muslim. tq

  • LEAVE A COMMENT