Recently Posted

advertisement



Post saya kali ni hanya borak-borak kosong memandangkan saya tiada apa untuk dipost setakat ini. Bahan tu ada, tapi belum dikaji sepenuhnya. Mungkin di post akan datang.

Semalam (Isnin) kami pelajar Malaysia di sini menganjurkan satu majlis kecil buat semua lecturer-lecturer yang mengajar kami, orang putih semuanya…Jadi sehari sebelum majlis tersebut, sibuklah kami menyediakan makanan ala Malaysia spt rendang, nasi lemak, agar-agar untuk disajikan kepada tenaga pengajar kami tu. Buat rendang punya pasal, pukul 4 pagi baru kami tidur. Biasalah semuanya amatur lagi dalam bidang masakan ni.

Kami takut juga, kalau-kalau sambal yang dibuat tu pedas, tak sesuai dengan lidah orang sini. Tapi mujurlah semuanya kata sedap, siap makan 2-3 pinggan pun ada.. =) Masakan yang menjadi pujian, sudah tentunya rendang. Mereka pun pelik macam mana rendang tu boleh menjadi begitu sedap. memang seronok walaupun letih. Puas hati kerana semuanya berjalan mengikut perancangan.

untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawat blog syazelle

Popularity: 3% [?]





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.