


Walaupun cuti summer lagi 4 bulan, tapi bahangnya memang terasa..ni semua disebabkan kami dahpun beli tiket untuk pulang ke Malaysia..Harga tiket tidaklah terlalu mahal, berbaloi dengan perjalanan yang jauh (saya akan berada 12 jam dalam perut kapal terbang, mesti tidur je =) )…Tapi untuk student macam saya ni, memang terasa la 800 euros (dalam rm3600) tu melayang..Nak buat macam mana kan, takkan taknak balik pula..Lagipun rindu dengan suasana aman Malaysia, tempat lain memang tak dapat nak lawan..
Dengan keadaan cuaca yang tak menentu di Malaysia, syukur cuaca kat sini amat baik..Walaupun berada dalam musim sejuk, namun suhunya tidaklah sesejuk mana, dalam 7-9 darjah celcius saja. Mungkin disebabkan bandar Nice ni berada berhampiran dengan pantai, jadi cuacanya berlainan sedikit jika hendak dibandingkan dengan tempat lain. Di sini pun tiada salji yang turun, menurut kata-kata senior yang terdahulu, memang jarang salji turun, mungkin 4-5 tahun sekali..Nampaknya tak dapatlah saya nak buat snowman kat sini..hehe
Saya agak sibuk dengan pelajaran dalam 2-3 minggu yang lepas memandangkan kami ada peperiksaan untuk semester 1. Syukur semuanya berjalan dengan lancar, exam dah pun habis, result pun dah dapat..mujurlah result saya pun memberansangkan, jadi saya boleh andaikan yang aktiviti internet saya ni memang tak mengacau jadual pembelajaran saya..Cuma saya rasa, kita kena pandai membahagikan masa antara pelajaran dan juga perniagaan. Saya pun sekarang tengah berusaha lagi untuk memperbaiki pengurusan masa saya. Masa yang saya peruntukkan untuk perniagaan internet memang sedikit memandangkan jadual kelas yang panjang. Hampir setiap hari, saya akan ke kelas pada pukul 8 pagi dan pulang ke bilik pada pukul 5 petang. Bayangkan pada waktu malam saya akan membuat assignment, menguruskan perniagaan internet saya, update web dibawah kendalian saya, membalas email-email klien dan macam-macam lagi. Secara kasarnya, memang tak sempat, tapi saya gagahkan juga kerana minat. Lagipun setakat ni, saya masih lagi tak rasa tertekan dengan keadaan sekarang ni..Panjang pula post saya kali ni, mungkin kerana sudah lama tak menulis.. =)
Sekian, mdpai
Popularity: 2% [?]


















February 9th, 2007 at 11:17 am
Tahniah mdpai.. Semoga berjaya..
February 9th, 2007 at 12:57 pm
Bz rupenyer MdPai. Patut ler ambo ym lambat jah reply.. Keke.. Kamu dok Kelantan kat mana? Kalo free, boleh pekena roti canai kat MamaK Spicy. Hehe..
p/s: Hari tu janji nak jumpa Syed kat Tanah Merah tapi x jadi - bini sakit perut (ngandung katakan)
February 9th, 2007 at 2:01 pm
ha tu la..sori la ye kalau sape2 ym tu kdg2 sy takde masa nak reply ke ape, maybe hari tu assignment byk sgt sampai tak sempat nak buat net biz ni..
sy kota bharu dekat taman pemuda, wakaf stan…elok sgt la tu, IM m’sia dari kelate sy perasan mcm byk jugak kan..boleh buat komuniti.
February 9th, 2007 at 3:49 pm
Mahal jugak tiket kapal terbang tu ye mdpai.. semoga selamat pulang ke tempat yang di tuju.
February 9th, 2007 at 9:48 pm
selamat kembali ke malaysia.. lama ke cuti??
February 10th, 2007 at 5:29 am
terima kasih, em takdelah lama sgt, dalam dua bulan je..sempat lah nak lepas rindu kat keluarga tu. =)
February 11th, 2007 at 8:29 am
wah, dah balik. Bleh la jumpa bila saya balik kb nnt
February 14th, 2007 at 11:39 pm
welcome back!
dah berapa lama tak balik kg?
mesti rindu kan?
kat family @ budu?
February 19th, 2007 at 12:27 pm
Kalaulah 10 tahun yang lalu masa saya study kat UK saya dah buat internet marketing, dah mcm irfan K lah saya …
Well, better late than never.
MdPai … awak memang seorang yang rajin dan kuat berusaha!
Good luck for your exams dan selamat bercuti Easter April nanti.
Kami di Mesia tengah cuti Gong Xi Fa Chai ni…
February 20th, 2007 at 4:35 pm
Boleh share pengalaman…
February 21st, 2007 at 3:52 am
ramz: boleh no problem =) nnt sy contact
hapisol: dah dekat setahun tak balik =( tu yg gembira tu dpt balik. hehe
kak galadriel: thanks for the wishes..Kita semua tak terlambat lagi, masih byk peluang untuk jadi jutawan..lets go for it together..
Din: Sama2 kita kongsi pengalaman untuk rujukan bersama.