Kelas 6 – ‘Contact Us’ / feedback form

-->

Cara yang baik untuk berinteraksi dengan pelawat web anda adalah dengan menggunakan feedback form atau ‘Contact Us’ form. Kita akan menggunakan cara yang sama seperti sebelum ini (di dalam Kelas 3 – Variables) iaitu dengan menggunakan variables. Namun, kita akan menambah satu fungsi baru iaitu fungsi mail().

OK, buat satu file HTML kelas6.html. Dapatkan file tersebut di sini. File HTML ini akan memaparkan satu form HTML yang membolehkan user mengisi nama, email dan feedback mereka. Kemudian kita akan membuat pula, satu file PHP kelas6.php untuk membolehkan data yang diberi oleh user tadi diemailkan kepada kita. Dapatkan kelas6.php di sini.

Anda mungkin tertanya-tanya, “..apa benda la yang ada dalam kelas6.php tu. Tak paham langsung!..”. Jangan risau, saya akan terangkan satu-persatu di bawah.

$emailanda = "mdpai@mdpai.com";

Mungkin anda dah pernah nampak petikan code seakan-akan sebegini di Kelas 3 – Variables bukan? Di sini, kita memberi nilai mdpai@mdpai.com kepada variable $emailanda.

if ($email=="" || $comments=="" || $name=="")

Kod ini bermaksud, “Jika $email atau $comments atau $name tidak mempunyai nilai, kod di dalam { } akan dilaksanakan. Di dalam PHP, || adalah operator yang membawa maksud “atau”. Kita menggunakan == untuk membandingkan dua nilai.

else {

Kod ini, “Jika blok kod di atas false (tidak benar), atau dalam kes di atas, ketiga-tiga variable tersebut mempunyai nilai, buat blok kod berikut;”

$headers = "From: \"$name\"<$email>\n";
$subject = "Feedback Form";
$message = "$comments";

Di sini, kita menetapkan variables yang diperlukan untuk proses penghantaran email tersebut.

mail ("$emailanda","$subject",$message,$headers);

Fungsi mail() menghantar variable yang telah kita tentukan tadi sebagai email.

// email validation
if(!eregi('^([._a-z0-9-]+[._a-z0-9-]*)@(([a-z0-9-]+\.)*([a-z0-9-]+)(\.[a-z]{2,3})?)$', $email)) {
print ("Your email address does not appear to be valid. Please go back and try again.");
exit;
}

Script di atas mungkin kelihatan asing bagi anda, tidak mengapa. Anda tidak perlu faham (tapi kalau faham lagi bagus) script email validation ini. :) Script di atas digunakan untuk memastikan email yang dimasukkan oleh user adalah email yang benar.

OK, script formmail pertama anda sudah siap! Sila cuba, dan maklumkan kepada saya hasilnya.

Download kod PHP di siniĀ 

  • Share/Bookmark
Written by mdpai on August 11, 2006

22 Responses to “Kelas 6 – ‘Contact Us’ / feedback form”

  • Wah……. otai rupanya mdpai ni :D

  • saya belum cuba tapi bila sekali tgk script tue macam dah ok. Siap check dulu tu email tu valid email ke tak…tapi kita tak tahu kan email tue wujud ke tak. ke script tu dah check. i dont know :(

  • Tuan,

    Saya memang berhajat sangat untuk buat webform. Tolong ajar saya step by step. Website My-Name-Card ini saya buat sendiri dgn dreamweaver. Saya belajar sendiri. Merangkak-rangkak.

    Harap dapat membantu.

    Terima kasih.

    Hj. Hayat

  • Thanx.. saya dah try memang jd.. Memang tunggu coding nie.. Ada coding utk access email sqirrelmail dgn cpt dr web??

  • ramz : email validation tu hanya check sama ada email tu valid ke tak, saya pun tak tau mcm mana nak check email tu wujud ke tak. Mungkin ada cara, mungkin tiada. Nanti saya checkkan.
    rsfrs : boleh try http://www.domainanda.com/webmail
    hj hayat : boleh cuba penerangan saya di atas, kalau tak boleh juga boleh YM saya di coozthaseq@yahoo.com, sy sedia membantu

  • Itu saya tau.. Tp ada x cara lain yang memudahkan org lain untuk mengakses?? Sbb saya buat utk company..

  • em tu la caranya paling senang rasanya, sebab die terus tanya username dan password. Dah takde cara lain rasanya.

  • rsfrs : boleh try http://www.domainanda.com/webmail

    Wah, baru saya tahu! Baru first time masuk sini dah banyak ilmu saya dapat. Keep up the good work! :)

  • Selama ni saya tercari-cari macam mana cara nak buat form ni…
    terima kasih .. saya akan cuba nanti

  • Saya baru saja berjaya membuat form tersebut & dah boleh menghantar email guna form yang diberi tu…tq mdpai..

  • Azahari: selamat mencuba script2 yang lain pula…jika ada apa2 masalah, bgtau saja..sy akan cuba selesaikan..

  • hai mdpai….
    saya dah cuba scrpit yang di berikan, tapi tak berfungsi…saya pun tak tahu mana silapnya.. bila dah isi semua maklumat, tekan “submit query” keluar perkataan – “all fields are required….” , tp sy dah isi semua maklumat..

    Mungkin mdpai boleh terangkan dgn lebih detail – apa yg perlu di buat dgn HTML form, formmail.php, tempat simpan pada server dll.

  • nie utk server je ker??kalu dier hanta ke e-mail account cam gmail or yahoo…bleh x???

  • boleh no problem.

  • sy baru saja update tutorial ni..cuba try lagi sekali dengan file yang diberi..contact sy di YM jika masih tidak berjaya.

  • apsal die kate
    All fields are required! Please go back and try again.

    dh isi semua..

    ni aku nyer form:

    Contact Us form

    Nama:

    E-mail:

    Komen:

     

    formmail.php:

    hubungi kami

    \n”;
    $subject = “Feedback Form”;
    $message = “$comments”;

    mail (“$emailanda”, “$subject”, $message, $headers);
    print (“Terima kasih $name, email anda telah dihantar.”);

    }
    ?>

    ade prob kat script or form??

  • Untuk amirfazwan :

    Terdapat kekeliruan variable yang dideklarasikan dalam skrip PHP Anda. Selain itu ialah kekeliruan dalam penempatan double quote (“”).

    Coba ganti skrip PHP Anda, misalnya dengan sederhana seperti ini :
    //////////mulai skrip php

    $subject =”Test”;
    $message = $comments;
    /*$comments adalah permisalan nama variable yang ada pada input komentar pada form Anda*/
    $toemail = $var_email_form;
    /*$var_email_form adalah permisalan nama variable yang ada pada input email pada form Anda */

    $fromail=”yusuf@kakikaku.com”;
    mail($toemail, $subject, $message, “From: $fromail”);

  • btol ke script ni bole guna utk gmail dan yahoo? bukan guna phpmailer ke? saya pon konpius jugak sebb tgh nk buat contact menu camni, tp link nk link ke google mail saya sendiri. harap dpt membantu.

  • nak send ke gmail kita,boleh je pkai script nih.. ;)

  • LEAVE A COMMENT