Recently Posted

advertisement



Cookies adalah satu file text yang bersaiz kecil, yang digunakan untuk menyimpan beberapa maklumat di komputer user, membenarkan laman web mengetahui apa yang user tersebut lakukan semasa melayari web tersebut. Ia juga boleh menyimpan maklumat user supaya mereka tidak perlu untuk log masuk (log in) setiap kali mereka melayari web yang sama.

Set Cookies
Cookies mesti diset di awal kod PHP anda (di line pertama kod anda!), kerana jika tidak anda akan mendapat error Headers already sent. Contoh kod untuk cookies:

setcookie("namacookie","content cookie di sini");

Anda juga boleh set beberapa cookies (sehingga 20 cookies untuk seorang user) untuk web anda.

setcookie("namacookie1","content cookie1 di sini");
setcookie("namacookie2","content cookie2 di sini");
setcookie("namacookie3","content cookie3 di sini");

Mengakses Cookies

Setelah cookies telah diset, ia boleh diakses dari mana-mana page di web itu. Untuk tujuan ini, kita akan gunakan fungsi echo():

echo $_COOKIE["cookie1"]; // output akan memaparkan "content cookie1 di sini"
echo $_COOKIE["cookie2"]; // output akan memaparkan "content cookie2 di sini"
echo $_COOKIE["cookie3"]; // output akan memaparkan "content cookie3 di sini"

Ingat ayat selepas // hanyalah komen untuk diri anda sendiri.

Unset Cookies

Apabila sesuatu cookies telah diset, secara defaultnya ia akan dipadam apabila user menutup browser mereka. Namun anda boleh menyelaras time limit untuk cookies tersebut, secara mudahnya anda boleh mengubah masa cookies tersebut diunset:

setcookie ("cookie1","content cookie1 di sini", time() + 3600);

Apa yang kita buat di sini adalah, menambah masa (dalam saat) untuk cookies itu diunset, bermula dari saat pertama user menutup browser mereka. Pada contoh di atas, cookie tersebut akan tamat dalam masa 1 jam.

Dalam kes lain, di mana kita mahu menamatkan fungsi cookies sebelum user menutup browser mereka, seperti fungsi log out di kebanyakkan web, kita boleh menggunakan fungsi yang sama tetapi dengan nombor negatif untuk parameter time():

setcookie ("cookie1","",time() - 1);

Contoh code download di sini.

Popularity: 3% [?]



  • ramzwatcher Says:
    August 1st, 2006 at 2:30 am

    macam mana pula kalau ade banyak cookie pula ya?

  • mdpai Says:
    August 1st, 2006 at 5:02 pm

    yg tu boleh je ulang syntax die tu ikut berapa banyak yang diperlukan (sehingga 20 cookies untuk seorang user)

  • mdpai.com » Kelas 5 - Sessions Says:
    May 27th, 2007 at 8:56 am

    […] Di dalam Kelas 4 - Cookies, kita telah belajar bagaimana untuk menyimpan maklumat tentang user dengan menggunakan cookies. Fungsi sessions boleh dikatakan sama dengan fungsi cookies; perbezaan besar di antara mereka hanyalah cookies disimpan di komputer user manakala session disimpan di server. Jadi kita boleh simpulkan di sini bahawa penggunaan session lebih selamat dari cookie. Namun begitu, kekurangan session adalah ianya hanya mampu untuk menyimpan maklumat pengguna untuk hanya satu visit sahaja. manakala cookie pula mampu menyimpan maklumat user untuk beberapa visit, bergantung kepada parameter time() yang telah kita selaraskan. […]



This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.