Kelas 1 – Basic PHP
-->Ok, saya akan mulakan dengan asas-asas PHP terlebih dahulu, takut ada yang masih kosong dengan PHP ni.
PHP adalah sejenis bahasa pengaturcaraan bagi laman web ataupun lebih dikenali sebagai server side scripting language yang ditulis bersama-sama HTML. Perbezaan antara keduanya ialah HTML diproses secara terus di browser user, manakala PHP pula diproses terlebih dahulu di server PHP, kemudian ke browser user.
Nasihat saya sebelum anda baca dengan lebih lanjut, pastikan anda telahpun faham (40% faham pun tak mengapa) kod HTML, terutamanya kod untuk Form. Kerana saya yakin anda akan mengalami kesulitan jika anda belum lagi menguasai HTML (40% menguasai pun tak mengapa). Tapi saya yakin bahawa jika anda betul-betul menguasai HTML, anda tiada masalah untuk menguasai PHP.
Lupa pula saya nak memberitahu software yang diperlukan untuk membuat satu web PHP; sama seperti nak buat kek, kita perlukan bahan-bahannya kan. ;p Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak; ini apa yang saya sendiri guna, Dreamweaver dan Uniserver. Dua je, tak banyak. Tapi mungkin ada yang tidak mampu untuk membeli HTML editor seperti Dreamweaver, untuk kes sebegitu boleh dapatkan HTML editor percuma di sini. Saya sarankan untuk menggunakan Uniserver kerana kita tak perlu susah-susah untuk meng’download’ dan meng’install’ PHP, MySQL, dan Apache secara berasingan, dengan Uniserver, semuanya telah tersedia.. Boleh download Uniserver di sini.
Simpan semua file PHP anda di dalam folder www yang boleh didapati di dalam folder local server anda.

July, Thursday 2006 at 8:23 pm
ya cikgu… (Hasrul duduk paling depan)…
July, Thursday 2006 at 8:23 pm
semangat nak belajar nih.. hehe
July, Saturday 2006 at 1:18 am
Pakai Ms Frontpage tak boleh ka? Saya dah download PHP teriad, macam mana nak test fail php saya?
July, Sunday 2006 at 9:17 pm
em malangnya Ms Frontpage mmg tak boleh. Cuba sdr Badruzamani dptkan HTML Editor seperti WeBuilder, Dreamweaver, ataupun Xsitepro.
ok, pastikan anda run local server anda. Untuk test sama ada server anda telah running ataupun tidak, sila baca Kelas PHP 2.
December, Wednesday 2006 at 4:07 pm
macam mana nak test php kat dreamweaver?
December, Thursday 2006 at 5:30 am
syed afiq: sy akan buat satu post ttg cara2 utk test file php anda dilocalserver dalam beberapa jam lagi…
January, Wednesday 2007 at 3:41 pm
boleh tolong saya cara nak buat php nie saya kurang fahan lah…
July, Sunday 2007 at 10:46 am
bahagian mana yang kurang faham tu..kalau dinyatakan dengan jelas mungkin ada yang boleh membantu
November, Monday 2007 at 10:10 am
tutorial yang bagus. memudahkan sebab di terang dalam bahasa melayu.
November, Tuesday 2009 at 1:50 pm
kalau nk senang lagi cuba belajar buat web pakai joomla!
sebab php n html file sudah dicombine skali..kita just perlukan sedikit masa untuk belajar mcm mana nk create web yg bagus guna joomla!.
xperlu penin2 lg tulis kod php ni..
semua sudah tersedia di joomla!
apa2 pn..good tutorial for newbiews..
gud luck
November, Tuesday 2009 at 12:28 pm
pkai joomla boleh la utk buat website,tp nak paham code joomla tu,code php sendiri la