Email Fraud di Malaysia?
-->Sejak akhir-akhir ni banyak pula saya dapat email-email yang fraud, mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah orang, mungkin tidak. Baru 5 minit yang lepas saya dapat satu email yang kononnya dari maybank2u.com.my yang menyuruh saya mengemas kini akaun saya di website mereka. Email yang diberi saling tak tumpah seperti yang saya selalu terima dari pihak maybank2u sendiri, malah link yang diberi untuk tujuan mengemas kini juga amat meyakinkan.
Mujurlah saya tidak cepat melatah, kerana saya menyedari yang link itu telah di’redirect’kan ke satu web lain yang meminta saya memberikan username dan password maybank2u saya. Walaupun telah menyedari email itu adalah palsu, saya masukkan juga username dan password seperti yang telah diminta (sudah tentu saya tidak masukkan username dan password saya yang sebenar =) ). Seperti yang telah dijangka, username dan password palsu yang saya masukkan tadi diterima baik oleh website tersebut. Sah! Palsu….
Apa itu Fraud? mungkin ada yang bertanya. OK, saya akan jelaskan serba sedikit di sini. Fraud boleh dibahagikan kepada dua bahagian; Online Fraud dan juga Offline Fraud. Contoh-contoh Offline Fraud adalah seperti credit card fraud, phone solicitations, print fraud, cheque scams, dan juga mail fraud. Tetapi apa yang lebih menarik minat saya ialah Online Fraud.
Terdapat dua cara yang selalu digunakan untuk melakukan Online Fraud ini iaitu Phishing dan juga Pharming. Phishers menggunakan email ataupun popup yang kelihatan tulin dan sah untuk cuba mendapatkan maklumat peribadi anda dan juga maklumat akaun anda. Manakala Pharming pula terjadi apabila kita menaip sesuatu laman web dan kita di’redirect’kan ke satu website lain yang palsu tanpa kita sedari. Website palsu itu selalunya akan kelihatan serupa dengan website yang kita cuba masuki tadi dan ini bertujuan untuk mengaburi mata kita supaya memberikan apa yang mereka mahu.

No Responses to “Email Fraud di Malaysia?”