bergambar di Pagi Sabtu
-->Dah plan dari hari tu nak snap gambar time weekend tapi baru hari ni, berjaya mandi awal untuk keluar. Keluar pun dah 9 lebih, matahari pun dah naik. Hajat di hati nak tangkap gambar scenery yang ada awan² besar sebab nak practice buat gambar HDR, tapi apakan daya awan ada seciput je. Snap je la apa yang ada, alang² dah keluar..
Hasilnya, ada la beberapa keping gambar:





Gambar² lain yang bukan hdr, boleh tengok kat facebook saya..
Album Facebook
Teknik HDR ni tak susah sangat, tp hasilnya boleh tahan, walaupun untuk amatur photographer mcm saya nih (ilmu photography cetek lagi).. Konsepnya, snap beberapa gambar yang sama tapi menggunakan exposure yang berlainan (aperture dan fokus kita jangan tukar), sebagai contoh -2ev, 0ev dan +2ev, kemudian gunakan software hdr generator atau photoshop untuk menggabungkan gambar² ni menjadi gambar HDR (saya gunakan photomatix 3.1).
Teknik HDR ni tak terhad kepada pengguna DSLR sahaja, kamera bridge atau yang jenis point and shoot pun boleh asalkan kamera tersebut mempunyai konfigurasi untuk menukar nilai EV atau exposure value.
Saya sertakan link Gambar² HDR yang boleh dijadikan inspirasi.

No Responses to “bergambar di Pagi Sabtu”