Recently Posted

advertisement


Archive for the ‘Tutorial HTML’ Category


Bagaimana membuat text link submit form anda

Salam kepada semua pengunjung mdpai.com, jam menunjukkan pukul 3.30 pagi, saya baru sahaja menghantar salah satu projek terbaru saya kepada client. Masih tinggal 2 projek yang masih belum disiapkan, alamatnya weekend ni duk menghadap depan laptop je la. Kebetulan pula saya tengah demam, jadi slow sikit buat kerja tu..

Cuaca di sini sekarang tidak menentu, sekejap panas sekejap sejuk. Memang sampai menggigil..huuuuh tu yang buat sampai demam tu.. Kelas hari jumaat pun saya tak pergi ( demam + malas = tak pergi kelas) hehe..

Ok, kali ni kita membincangkan tentang bagaimana untuk submit form..Cara biasa yang digunakan ialah dengan menggunakan button submit

<input value="Submit This Form" type="submit" />

Namun terdapat dua lagi cara untuk membolehkan kita melakukan perkara yang sama iaitu dengan menggunakan custom button atau dengan menggunakan text link sahaja.

(more…)

Popularity: 100% [?]


Confirm Form Submission (JavaScript)

Mungkin anda sedang membangunkan satu sistem yang membabitkan database, contoh mudah, satu sistem student management di mana maklumat2 student disimpan di dalam database dan dikendalikan oleh seorang penyelia IT.

Setiap tahun pasti ada student yang menamatkan study mereka, dan sudah tentunya maklumat mereka ini perlu dipadamkan dari database sistem kita tadi. Secara asasnya, kita hanya perlu menyediakan satu form, dan beberapa sql statement utk memadam maklumat2 tadi.

(more…)

Popularity: 27% [?]


Tukar warna text post anda di Wordpress

Mungkin ada sesetengah dari kita yang mahu menukar warna tulisan di dalam wordpress ni tapi tak tau di mana. Ada beberapa cara yang boleh digunakan, seperti hard coding CSS (cara ni hanya untuk menukar keseluruhan warna post anda), atau mengikut kata salah seorang kawan saya dari WC, dengan menggunakan plugin firefox (nama plugin tu performance kalau tak silap saya).

Saya pula, saya lebih selesa menggunakan tag span untuk tujuan ini. Pertama sekali tulis post anda seperti biasa. Kemudian save untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Pada toolbar wordpress, tekan pada butang HTML.

(more…)

Popularity: 16% [?]


Pengenalan kepada ASAS HTML
Mari kita mulakan pembelajaran ASAS HTML. Tahukah anda apa itu HTML?

HTML adalah satu Penguraian Jenis Data atau DTD (Data Type Descriptor) bagi Bahasa Penanda SGML (Standard Generalised Markup Language). HTML adalah ringkasan daripada HyperText Markup Language iaitu merupakan DTD SGML yang paling popular.

Bahagian utama sesuatu dokumen HTML adalah teksnya. Teks ini ditanda dengan menggunakan label atau tag HTML. tag - tag kelihatan seperti berikut :

Ini Satu TAJUK HTML

dimana;

= Tag Bermula

Ini satu TAJUK HTML = Teks yang akan terpapar

= Tag Akhir

Setiap tag HTML ditutup oleh pasangan simbol >. Kebanyakan tag akan mempengaruhi sebahagian teks dan digunakan secara berpasangan. Semua maklumat penandaan yang anda bekalkan kepada pelayar web adalah di dalam bentuk tag.

Sesetengah jenis tag memerlukan maklumat tambahan. Misalnya tag IMG (yang menghasilkan imej terbenam) memerlukan nama fail imej dan mungkin juga maklumat mengenai saiz imej dan bagaimana pelayar web harus menyusun teks di sekeliling imej tersebut.

Maklumat - maklumat ini dipanggil “attribute” tag itu. Hanya tag mula mempunyai attribute - attribute. Contohnya adalah :

dimana;

= menandakan jenis tag iaitu tag imej

SRC = Nama attribute iaitu singkatan kepada source dan memberi lokasi fail

andy.gif = Nilai attribute.

Baiklah, saya yakin anda sudah mula memahami serba ringkas tentang asas HTML. Kita akan sambung pembelajaran ini seterusnya dengan membuat satu page HTML menggunakan Notepad.

Popularity: 8% [?]