mdpai.com - Blogging + Tutorial PHP, MySQL, Ajax, Photoshop, Javascript » Pengalaman di Luar Negara

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari mdpai.com & $200++ sehari dalam adsense
Salam,

Di ketika ini umat Islam di Malaysia semua sedang sibuk untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang esok, tapi saya di sini masih lg perlu hadir ke kelas seperti biasa. =(  Nasib baik raya jatuh pada hari sabtu, jadi dapatlah jugak buat makan2 kat sini.. Jadi hilanglah sikit rindu kat kampung tu kalau ada majlis makan2 macam ni..

Jadi dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga semua Umat Islam yang berada di perantauan. Semoga Syawal ini bererti buat anda.

P/s: adsense saya untuk hari ni agak memberansangkan (ni nilai tertinggi saya dpt dalam sehari), tapi mungkin tak sebanyak bro syed kita. Apa yang saya nak tekankan kat  sini, mcm bro syed tekankan jugak selalu kat saya, komitmen tu kena ada. kalau ada komitmen, mmg tak mustahil. =)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ramadhan, ni jugak bermakna dah dua kali saya menyambut ramadhan di perantauan, dan bakal menyambut syawal untuk kali kedua di sini. Menyambut bulan ramadhan di negeri orang ni jauh bezanya nak dibandingkan dengan di Malaysia. Murtabak? Roti John? Nasi Ayam? Air Kelapa? Jangan harap la nak jumpa, pasar Ramadhan pun tak wujud. hehe..

Jadi apa yang saya buat? buat macam hari2 biasa, tu je yang termampu…Saya ingat lagi 1 Syawal yang lepas, bukan saja saya ada kelas, bahkan ada exam.. dah nasib badan nak buat macam mana..

Akan tetapi, jika di pandang dari sudut positif, semua ni adalah pengalaman..Bak kata seorang bekas guru saya, bukan semua orang boleh pergi ke luar negara, jadi gunakan peluang seadanya..Duit kerajaan kasi bukan untuk makan je, cukup untuk berjalan kat negara2 orang, tengok budaya dan bangsa yang berlainan.. Jadi bila balik Malaysia, boleh cerita kat orang lain yang tak pernah keluar dari Malaysia..

Setelah dipikir2kan, memang betul kata bekas cikgu saya tu, kalau asyik nak banding sini dengan Malaysia, sampai bila pun tak abis. Duduk kat tempat orang, biasa la serba kekurangan..Takleh nak harapkan macam duduk kat Malaysia, betul tak?

Eh banyak pulak melalut, ye lah dah lama tak borak2 dalam mdpai.com ni..asyik programming PHP je, nak jugak borak2 kan… hehe

Apa2 pun, saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua umat Islam terutamanya para blogger di Malaysia.

Balik kampung…
Walaupun cuti summer lagi 4 bulan, tapi bahangnya memang terasa..ni semua disebabkan kami dahpun beli tiket untuk pulang ke Malaysia..Harga tiket tidaklah terlalu mahal, berbaloi dengan perjalanan yang jauh (saya akan berada 12 jam dalam perut kapal terbang, mesti tidur je =) )…Tapi untuk student macam saya ni, memang terasa la 800 euros (dalam rm3600) tu melayang..Nak buat macam mana kan, takkan taknak balik pula..Lagipun rindu dengan suasana aman Malaysia, tempat lain memang tak dapat nak lawan..

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu di Malaysia, syukur cuaca kat sini amat baik..Walaupun berada dalam musim sejuk, namun suhunya tidaklah sesejuk mana, dalam 7-9 darjah celcius saja. Mungkin disebabkan bandar Nice ni berada berhampiran dengan pantai, jadi cuacanya berlainan sedikit jika hendak dibandingkan dengan tempat lain. Di sini pun tiada salji yang turun, menurut kata-kata senior yang terdahulu, memang jarang salji turun, mungkin 4-5 tahun sekali..Nampaknya tak dapatlah saya nak buat snowman kat sini..hehe

Saya agak sibuk dengan pelajaran dalam 2-3 minggu yang lepas memandangkan kami ada peperiksaan untuk semester 1. Syukur semuanya berjalan dengan lancar, exam dah pun habis, result pun dah dapat..mujurlah result saya pun memberansangkan, jadi saya boleh andaikan yang aktiviti internet saya ni memang tak mengacau jadual pembelajaran saya..Cuma saya rasa, kita kena pandai membahagikan masa antara pelajaran dan juga perniagaan. Saya pun sekarang tengah berusaha lagi untuk memperbaiki pengurusan masa saya. Masa yang saya peruntukkan untuk perniagaan internet memang sedikit memandangkan jadual kelas yang panjang. Hampir setiap hari, saya akan ke kelas pada pukul 8 pagi dan pulang ke bilik pada pukul 5 petang. Bayangkan pada waktu malam saya akan membuat assignment, menguruskan perniagaan internet saya, update web dibawah kendalian saya, membalas email-email klien dan macam-macam lagi. Secara kasarnya, memang tak sempat, tapi saya gagahkan juga kerana minat. Lagipun setakat ni, saya masih lagi tak rasa tertekan dengan keadaan sekarang ni..Panjang pula post saya kali ni, mungkin kerana sudah lama tak menulis.. =)

Sekian, mdpai

Aidilfitri dan Paris…
Pada bulan Ramadan yang lepas, saya berpeluang ke San Remo Itali, di bulan Syawal ni pula, saya berpeluang pula ke Paris. Bukan apa, lepas tensen study orang kata..hehe kebetulan pada masa yang sama, dr. Irfan juga ke Paris, tapi tak pula saya terserempak dengan beliau..kalau terserempak kan bagus..hehe

Saya ke sana tak lama, 5 hari 4 malam je, kerana masalah cuti yang tak cukup dan juga masalah bajet (mmg mahal perbelanjaan untuk bercuti ni…tu lah dr. Irfan ada kata, kalau kita ada kebebasan kewangan, mmg boleh pergi ke mana2 je, tak perlu risau masalah bajet…

Flight saya dari Nice ke Paris hanya 70 minit, tiket flight 78 euro (pergi balik). Saya sampai petang di Paris, jadi tidak ada apa yang boleh dilakukan, cuma pada malamnya, selepas check in di hotel (160 euro untuk 4 malam), saya pergi ke tour d’effeil (menara effeil). Saya hanya singgah untuk menangkap beberapa gambar sahaja.

Pada hari kedua, saya telah pergi melawat ke beberapa tempat seperti tapak istana Bastille, Musee du Louvre (malangnya tak boleh masuk kerana muzium ini tutup pada hari selasa), Arc du Triumphe, Champs Elysee (tempat membeli belah yang popular di Paris). Apa yang saya perasan, masyarakat Europe ni lebih mengutamakan sejarah mereka. Ini terbukti dengan wujudnya 70 muzium hanya di Paris sahaja!

Hari ketiga, Disneyland! hehe merasa juga saya pergi ke sini walaupun tiketnya agak mahal, 53 euro. Taman tema ini sangat besar sehinggakan saya tidak sempat menerokai kesemua park2 yang ada. Tapi keseluruhannya, saya gembira, (tidak lah terlalu gembira kerana harga tiket yang agak mahal.hehe). Apa yang saya kagum dengan Disneyland ni, landskap yang diubah hampir 100% nampak real, mengikut tema yang tertentu. Kalau anda ada kesempatan, memang saya sarankan anda berkunjung ke sini.

Hari ke-4, setelah seharian di Disneyland kelmarin, hari ini saya habiskan seharian di Musee du Louvre, muzium di mana tersimpan lukisan paling menarik di dunia, Mona Lisa. Muzium ini amat amat besar sehinggakan mengikut perkiraan saya, ia memerlukan 3-4 hari untuk seseorang itu untuk habis menerokai muzium ini. Bayangkan…. Berkenaan dengan Mona Lisa pula, sebenarnya tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan lukisan Mona Lisa tersebut tapi ada juga yang gatal tangan..hehe

Hari ke-5, hari terakhir saya di Paris, saya pergi ke Tour d’Effeil sekali lagi. Kali ini untuk naik ke atas pula. Memandangkan barisan yang amat panjang untuk menaiki lif, saya mengambil keputusan untuk hanya memanjat menara tersebut dengan tangga sahaja. 600 lebih anak tangga terpaksa saya daki hanya untuk sampai ke Level 2 menara Effeil. Saya terpaksa juga menaiki lif untuk sampai ke puncak menara (Level 3) dari Level 2. Permandangan dari puncak menara terbabit amat mengagumkan memandangkan menara terbabit terletak di tengah2 Paris, jadi kita boleh melihat keseluruhan Paris dari puncak menara. Tak rugi datang, walaupun cuaca di Paris amat sejuk. Memang boleh beku..hehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari perantauan
Hari ni jatuhlah 1 Syawal di France, awal sehari dari Malaysia. Kira saya dah boleh makan dah, orang kat Malaysia kena ikat perut lagi.hehe Walaupun hari ni hari raya, namun apakan daya, kelas dari 7.45 pagi sampai 5.30 petang. Jadi, kami tidak sempatlah untuk menunaikan sembahyang raya, nak buat makan-makan pun apatah lagi.

Namun, kami akan adakan juga makan-makan pada hari raya ke-6, iaitu pada hari ahad nanti. Apa yang menarik tentang makan-makan ini, kami telah order kuih-kuih raya (dalam 10 jenis juga, mmg banyak) dari Malaysia untuk dimakan di jamuan tersebut. Terima kasih kepada saudara hasrul kerana banyak membantu.

Kami mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, kepada mak ayah di kampung, maaf zahir batin. Sekian.

puasa dan Itali
Sempena bulan Ramadhan, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga sepanjang bulan puasa ni, rezeki kita bertambah.

Sehari sebelum puasa, kami pelajar Malaysia di sini pergi melawat ke SanRemo, Itali, sebuah bandar lama yang masih kekal hingga ke hari ini. Perjalanan menaiki train trenitalia dari Nice ke SanRemo mengambil masa lebih kurang 75 minit (sempat la juga tertidur dalam train tu).

Sesampai di SanRemo, memang boleh diagak yang bandar ini adalah bandar yang lama, mengikut ceritanya, dari zaman Rome lagi. Susun atur bangunan pun memang dikekalkan, tidak berubah sejak beberapa ratus tahun yang lampau. Pertama kali saya sampai ke bandar yang sebegini, memang seronok. Bandar lama tersebut di bina di atas bukit, jadi jalanannya memang curam, letih pun ada kerana kami mendaki hingga ke bekas istana bandar tersebut, yang mana sekarang hanya tinggal runtuhan sahaja. Istana tersebut terletak di kedudukan paling tinggi di bandar SanRemo.

Setelah penat berjalan, kami singgah pula di muzium yang terdapat berdekatan dengan pelabuhan SanRemo. Di situ, terdapat sejarah tentang zaman orang asli di SanRemo, zaman Rome, dan juga zaman Napoleon. Walaupun muzium tersebut tidak sebesar mana, tapi barang-barang purba yang dipamerkan memang menarik (mungkin kerana saya meminati sejarah Rome).

Memang lama kami berada di sana, dari pukul 10 hingga 7 malam. Rosak plan saya nak update website. hehe

Cerita Rendang
Post saya kali ni hanya borak-borak kosong memandangkan saya tiada apa untuk dipost setakat ini. Bahan tu ada, tapi belum dikaji sepenuhnya. Mungkin di post akan datang.

Semalam (Isnin) kami pelajar Malaysia di sini menganjurkan satu majlis kecil buat semua lecturer-lecturer yang mengajar kami, orang putih semuanya…Jadi sehari sebelum majlis tersebut, sibuklah kami menyediakan makanan ala Malaysia spt rendang, nasi lemak, agar-agar untuk disajikan kepada tenaga pengajar kami tu. Buat rendang punya pasal, pukul 4 pagi baru kami tidur. Biasalah semuanya amatur lagi dalam bidang masakan ni.

Kami takut juga, kalau-kalau sambal yang dibuat tu pedas, tak sesuai dengan lidah orang sini. Tapi mujurlah semuanya kata sedap, siap makan 2-3 pinggan pun ada.. =) Masakan yang menjadi pujian, sudah tentunya rendang. Mereka pun pelik macam mana rendang tu boleh menjadi begitu sedap. memang seronok walaupun letih. Puas hati kerana semuanya berjalan mengikut perancangan.

untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawat blog syazelle

seminggu…
Dalam masa seminggu ni mungkin saya tidak akan menulis apa-apa post memandangkan saya akan menghadapi peperiksaan Diplome de Langue (diploma bahasa) pada hujung minggu ini. Untuk melawat ke blog lain juga mungkin tidak berkesempatan, tapi akan saya usahakan.

Harap maklum, sekian.

p/s: saya dalam proses menambah baik blog mdpai.com. Apa-apa komen membina boleh dihantar ke info@mdpai.com

p/s/s: Tawaran hosting PERCUMA tinggal lagi beberapa hari, cepat sebelum tarikh promosi tamat. Jangan terlepas. -> http://www.mdpai.com/2006/08/18/hadiah-kemerdekaan-buat-pengunjung-mdpaicom/

2 hari yang sibuk..
Dah 2 hari rasanya tak menulis kat blog ni, blog-blog yang lain pun dah 2 hari tak masuk. Ni semua bahana sibuk menyiapkan web yang ditempah pelanggan saya. Datelinenya pun hampir tamat, jadi baik saya siapkan cepat. Kepuasan pelanggan tu kena jaga. hehe

Tentang projek adsense saya yang lepas, saya bercadang untuk menggabungkan projek tersebut dengan projek clickbank saya. Setakat ni saya baru mulakan projek clickbank saya, tak bersungguh-sungguh lagi.

PAYPERIOD SALES SUBTOTALS:Period ending 2006-09-01:   $0.00

Period ending 2006-08-16: $161.42

Itu petikan dari account clickbank saya, bolehlah untuk setengah bulan punya. Harap-harap untuk setengah bulan akan datang ni, bertambah lagi la angka tu kan. =)

Tentang Kelas PHP pula, saya akan teruskan Kelas 8 petang ini, dah siap ditulis, tinggal nak dipublish je.

Sekali sekala berehat…
Jam dah pukul 4 pagi, letih, mengantuk semua ada. Jadi saya ambil inisiatif untuk surfing saja, sambil merehatkan diri. Surfing punya surfing terjumpa satu blok koleksi lawak, lawakita.blogspot.com, yang mana bagi saya, koleksi lawaknya amat menggelikan hati. Amat mujarab bagi saya yang kepenatan ni. Di sini saya pastekan salah satu dari koleksi lawak di blog tersebut.

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,”Apsal kau ni asyik menggigil je?”"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.”Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.”Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.”Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.”Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”"So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.”Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,”Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Ah lega, boleh tidur dengan tersenyum malam ni.