
Archive for the ‘Pembangunan Laman Web’ Category


Selamat menyambut hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Di sini saya mahu mengumumkan bahawa promosi hosting percuma mdpai.com telah pun berakhir, dan tiada lagi hosting percuma akan diberikan bermula hari ini. Harap maklum.
Sekian.
p/s: saya akan menghadapi peperiksaan pada 1/9/06. Doakan saya berjaya.
Popularity: 9% [?]


Ha, nampak macam menarik je kan tajuk kat atas. Memang betul, saya berhajat untuk memberi sedikit hadiah, walaupun tak banyak saya harap ia dapat membantu, kepada pengunjung-pengunjung setia mdpai.com.
Hadiah tersebut merupakan hosting percuma selama setahun (mungkin lebih, bergantung) dengan ruang 30 MB 40 MB. Antara features hosting yang saya fikirkan perlu, seperti 1 add-on domain, 10 subdomain, 2 database MySQL, 2 email account juga akan disertakan sekali. Features Click Be! juga akan disertakan. Click be! ialah satu web generator di mana anda boleh membina laman web anda dengan hanya menekan beberapa butang! Fungsi ini hampir tiada di kebanyakkan hosting lain.
Popularity: 9% [?]


Tentu anda pernah terlihat url seperti www.domain.com/index.php?page=about. Mungkin anda tertanya-tanya apakah maksud url sebegitu panjang. www.domain.com adalah domain bagi web tersebut, index.php adalah layout manakala about adalah file content. Secara ringkasnya, index.php menggunakan layoutnya yang tersendiri dan menggunakan about untuk contentnya.
Apa yang dibuat oleh index.php?page=about adalah memberi nilai about kepada variable $page. Dengan kod PHP, kita katakan “jika variable $page sama dengan “about”, include “about.inc” dalam file tersebut:
Popularity: 8% [?]


Ok, katakan anda dalam situasi ini, web anda mempunyai 30 page HTML dan anda telah bosan dengan layout web anda. Anda mahu menukar layout kesemua page tersebut tetapi satu-satunya cara dengan mengedit satu persatu file HTML tersebut. Leceh!
Jadi di sini saya akan ajar anda cara yang lebih senang untuk menghadapi situasi sedemikian dengan menggunakan PHP.
Buat 2 file, “footer.txt” dan “header.txt”. Di dalam kedua file tersebut, masukkan kod header dan footer bagi file HTML anda. Lihat contoh “header.txt di sini, dan “footer.txt” di sini. P/s : mungkin anda tidak dapat save kedua file ini kerana ia mengandungi kod HTML dan telah diproses oleh server, oleh itu, gunakan cara ini; tekan link yang diberi kemudian tekan View -> Source.
Kemudian, di dalam page index.html anda, gantikan header dan footer dengan kod ini.
Setelah siap, rename file HTML (index.html) anda kepada .php. Jadi sekarang, apabila anda mahukan apa-apa perubahan, memadai dengan hanya mengedit “header.txt” atau “footer.txt”.
P/s : Jika kesemua file anda di dalam directory yang sama, anda boleh terus link ke “header.txt”, akan tetapi untuk folder berlainan, pastikan untuk menukar kedudukan file tersebut, cth ‘…/header.txt’.
Mungkin ada yang tidak faham, boleh bertanyakan di ruangan komen.
Download kod PHP di sini.
Popularity: 9% [?]


Cara yang baik untuk berinteraksi dengan pelawat web anda adalah dengan menggunakan feedback form atau ‘Contact Us’ form. Kita akan menggunakan cara yang sama seperti sebelum ini (di dalam Kelas 3 - Variables) iaitu dengan menggunakan variables. Namun, kita akan menambah satu fungsi baru iaitu fungsi mail().
OK, buat satu file HTML kelas6.html. Dapatkan file tersebut di sini. File HTML ini akan memaparkan satu form HTML yang membolehkan user mengisi nama, email dan feedback mereka. Kemudian kita akan membuat pula, satu file PHP kelas6.php untuk membolehkan data yang diberi oleh user tadi diemailkan kepada kita. Dapatkan kelas6.php di sini.
Anda mungkin tertanya-tanya, “..apa benda la yang ada dalam kelas6.php tu. Tak paham langsung!..”. Jangan risau, saya akan terangkan satu-persatu di bawah.
Popularity: 37% [?]


Pengumuman…..
Setelah sehari semalam berpenat lelah setup dan setting direktori artikel saya yang baru, akhirnya saya melancarkan www.articles-hut.com, direktori artikel yang menggunakan ArtikelMS sebagai platformnya.
Oleh kerana baru beberapa minit dilancarkan, setakat ini tiada lagi artikel-artikel yang telah disubmit ke dalam web ini. Tambahan pula, saya belum lagi melakukan SEOing ke atas web ini. Mungkin 2-3 hari nanti, apabila web ini betul-betul telah diselaras dengan baik. Mari buat SEO!! :) Saya juga mengharapkan web ini mendapat ranking yang baik di Search Engine nanti. Harap-harap menjadilah teknik SEO yang saya belajar dari sifu-sifu seperti hasrul dan lain-lain tu.

Mungkin anda semua boleh memberikan komen tentang www.articles-hut.com ini. Sekian.
Popularity: 12% [?]


Di dalam Kelas 4 - Cookies, kita telah belajar bagaimana untuk menyimpan maklumat tentang user dengan menggunakan cookies. Fungsi sessions boleh dikatakan sama dengan fungsi cookies; perbezaan besar di antara mereka hanyalah cookies disimpan di komputer user manakala session disimpan di server. Jadi kita boleh simpulkan di sini bahawa penggunaan session lebih selamat dari cookie. Namun begitu, kekurangan session adalah ianya hanya mampu untuk menyimpan maklumat pengguna untuk hanya satu visit sahaja. manakala cookie pula mampu menyimpan maklumat user untuk beberapa visit, bergantung kepada parameter time() yang telah kita selaraskan.
Mulakan Session
session_start();
Seperti juga cookies, kod session_start() mesti diproses terlebih dahulu di page tersebut (tidak kira PHP, HTML ataupun blank space!). Jadi letakkan session_start() ini di line pertama kod anda.
Popularity: 8% [?]


Cookies adalah satu file text yang bersaiz kecil, yang digunakan untuk menyimpan beberapa maklumat di komputer user, membenarkan laman web mengetahui apa yang user tersebut lakukan semasa melayari web tersebut. Ia juga boleh menyimpan maklumat user supaya mereka tidak perlu untuk log masuk (log in) setiap kali mereka melayari web yang sama.
Set Cookies
Cookies mesti diset di awal kod PHP anda (di line pertama kod anda!), kerana jika tidak anda akan mendapat error Headers already sent. Contoh kod untuk cookies:
setcookie("namacookie","content cookie di sini");
Anda juga boleh set beberapa cookies (sehingga 20 cookies untuk seorang user) untuk web anda.
setcookie("namacookie1","content cookie1 di sini"); setcookie("namacookie2","content cookie2 di sini"); setcookie("namacookie3","content cookie3 di sini");
Mengakses Cookies
Setelah cookies telah diset, ia boleh diakses dari mana-mana page di web itu. Untuk tujuan ini, kita akan gunakan fungsi echo():
Popularity: 8% [?]


Seperti yang saya katakan 4 hari lepas, saya akan membeli domain-domain baru untuk projek adsense saya. Oleh itu, saya baru saja membeli 15 domain khas untuk projek ini. Memang nasib saya, pihak pengurusan www.namecheap.com sedang melakukan promosi untuk domain-domain mereka dan untuk 15 domain yang saya telah beli, semuanya hanya berharga $26.70! memang tak rugi kerana memandangkan saya ada masa setahun untuk balik modal dan menjana keuntungan dengan domain yang saya baru beli ini.
Dengan 15 domain yang baru ini, saya berharap dapat menambahkan lagi jumlah pendapatan adsense saya sebelum ini. Dengan pelbagai teknik SEO yang baru saya pelajari, saya yakin yang ia akan bertambah baik.
Namun, saya telah dibelenggu satu persoalan. Yang manakah lebih elok untuk menyelaras kesemua domain saya tadi, menggunakan 1 Cpanel untuk 1 domain ataupun 1 Cpanel untuk kesemua domain saya (dengan menggunakan fungsi Add on Domain)??
Popularity: 15% [?]


Saya membuat keputusan untuk membeli beberapa lagi domain baru untuk meneruskan projek adsense saya. Saya telah memikirkan beberapa nama yang sesuai untuk domain saya itu nanti (nama domain saya tak boleh paparkan kat sini. harap maaf). Namun projek adsense yang baru ini mungkin dimulakan lambat sedikit dari jadual kerana saya masih lagi sibuk menyiapkan website yang ditempah pelanggan.
Mungkin ada yang bertanyakan soalan, “..kalau domain ada banyak, mesti hosting banyak juga kan?…” ..mungkin benar. Setiap domain saya mempunyai Cpanelnya yang tersendiri, Saya mempu berbuat demikian kerana saya mempunyai account reseller hosting, di mana saya boleh membuat Cpanel sebanyak mana yang saya suka. Agak menarik dan praktikal. Namun, satu kekurangan dari cara ini ialah kosnya yang mahal. Anda mungkin dikenakan bayaran 200 USD setahun untuk satu account reseller hosting yang hanya mempunyai saiz keseluruhan 2 GB.
Apa yang saya cadangkan untuk anda yang mempunyai modal yang rendah, cari hosting yang mempunyai fungsi Add on Domain. Fungsi ini membenarkan anda mempunyai pelbagai domain untuk hanya satu hosting. Jadi anda hanya perlu mempunyai satu domain sahaja untuk kesemua domain anda. Akan tetapi selalunya jika adapun, fungsi ini akan dihadkan, contohnya 10 domain untuk satu hosting etc. Namun, cara ini sudahpun menjimatkan duit anda.
Saya akan sertakan nanti cara-cara untuk menggunakan fungsi Add on Domain di Cpanel anda.
Popularity: 11% [?]















