Mari naik kapal
-->Sabtu yang lepas aku bertolak ke kota Paris untuk mengikuti dinner ala ala majlis graduasi untuk budak² yang akan habis belajar tahun ni..Sampai² je baru aku sedar hotel yang mana aku akan tidur malam tu terletak kat hujung Paris, kat tempat yang dah ala ala small africa..90% orang yang aku terserempak kat sini semuanya orang hitam..memang kawasan diorang agaknya..
Sampai hotel dalam pukul 4..rehat² + mandi², pukul 6 dah bertolak ke tempat kapal berlabuh..Kang lambat kena tinggal kapal pulak kan? Sesampai ke tempat kapal, aku ternampak kapal yang aku pernah naik tahun lepas untuk majlis yang sama, tempat berlabuh pun macam sama je..Aku ingatkan tahun ni kapalnya besar sedikit sebab dengar² cerita orang graduate nya ramai dan nak buat kat tempat yang lagi “class”, tapi rupanya tahun ini, kapal yang sama jugak menjadi pilihan organizer..
Makan², borak², gelak², makan²….Habis je acara, aku terus balik hotel untuk tidur, memandangkan waktu tu dah pukul 1 lebih…Kata je nak tidur awal, tapi angkara borak² dengan azim, last² pukul 3 jugak tidurnya…Tak kesah la, bukan selalu boleh borak lama² camtu..

Esok pagi, breakfast di Muniandy (metro station La Chapelle).. Menu kedai ni agak menarik, ada roti canai, murtabak, teh tarik, briyani…. Aku yang dah lama tak makan roti canai dengna tamaknya order roti canai, murtabak dengan ayam tandori.. Tak dilupakan jugak teh tarik yang aku boleh kata setanding dengan kedai² kat Malaysia..
Oleh kerana flight balik ke Nice malam, aku habiskan hari ahad tu dengan jalan² sekitar Paris (pergi beli baju sehelai je sebenarnye)..
Sampai ke Paris sabtu petang, ahad malam dah bertolak balik..Sehari di Paris patutnya tajuk post ni..hmm

July, Monday 2009 at 11:02 pm
kalo aku tau ko nak taruk gambar ni dalam blog ko.. aku suruh org lain amik gambar ni..
July, Tuesday 2009 at 8:26 pm
haha mesti ko yg amik gamba ni kan