Recently Posted

advertisement



Baru sebentar tadi saya dikejutkan dengan berita yang planet Pluto tidak lagi dianggap sebagai sebuah planet dalam sistem suria tetapi hanyalah ‘dwarf planet’. Pluto yang dijumpai pada 1930 tidak lagi termasuk dalam sistem suria bersama-sama dengan Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytary, Saturn, Uranus dan Neptun.

Pluto dikeluarkan dari sistem suria kerana menurut pakar, orbitnya bertindih dengan Neptun menjadikan ianya tidak mempunyai ciri-ciri bagi sebuah planet, tetapi hanyalah sebuah ‘dwarf planet’, sama seperti planet kecil yang lain, komet dan juga asteroid.

Saya memang berminat dengan astronomi dari kecil lagi, bahkan pernah ada cita-cita hendak menjadi ahli astronomi, namun di Malaysia, bidang ini tidak begitu diutamakan menyebabkan cita-cita saya terkubur. Adakah anda setuju Pluto dikeluarkan dari sistem suria?

Popularity: 2% [?]



  • syazelle Says:
    August 24th, 2006 at 10:39 pm

    serius ke nih? hmm… tak bole nak komen pape, sebab cetek sangat pengetahuan dalam bidang ni.. :)

  • ZeMMs Says:
    August 25th, 2006 at 5:24 am

    Huh? Betul ke ni? Dah officially ditabalkan yang pluto dah terkeluar dari sistem suria? Ada tak mane-mane source yang bleh high credibility.. teringin jugak aku nak baca. Emm..mmg pluto ni lain dari lain.. orbit dia mmg lari habis dari planet-planet lain. Tapi kalau betul la dah terkeluar.. rasa sedey gak. Sebab mase kecik2 dulu aku penah simpan impian nak jejak planet Pluto.. kes kes kes..

    (Cita-cita utama mase kecik2 nak jadi astronaut.. dah besar jadi cybernaut jek :P)

  • RajaBlog.info » Blog Archive » Jenguk-jenguk 25 Ogos 2006 Says:
    August 25th, 2006 at 6:48 am

    […] Di blog mdpai pula bercakap mengenai ‘Selamat Tinggal Pluto’. Saya petik post kekecewaan beliau: “Saya memang berminat dengan astronomi dari kecil lagi, bahkan pernah ada cita-cita hendak menjadi ahli astronomi, namun di Malaysia, bidang ini tidak begitu diutamakan menyebabkan cita-cita saya terkubur. Adakah anda setuju Pluto dikeluarkan dari sistem suria?” […]

  • RajaBlog.info » Blog Archive » Jenguk-jenguk 25 Ogos 2006 Says:
    August 25th, 2006 at 6:48 am

    […] Di blog mdpai pula bercakap mengenai ‘Selamat Tinggal Pluto’. Saya petik post kekecewaan beliau: “Saya memang berminat dengan astronomi dari kecil lagi, bahkan pernah ada cita-cita hendak menjadi ahli astronomi, namun di Malaysia, bidang ini tidak begitu diutamakan menyebabkan cita-cita saya terkubur. Adakah anda setuju Pluto dikeluarkan dari sistem suria?” […]

  • mdpai Says:
    August 25th, 2006 at 9:18 am

    Zemms: boleh search “pluto” di google, mmg akan keluar belasan berita tentang ini, kerana topik ini sedang hangat dibincangkan sekarang. takpun boleh cuba baca http://news.yahoo.com/s/nm/20060824/sc_nm/science_pluto_kids_s_dc_1

  • cikgubiz Says:
    August 25th, 2006 at 9:54 am

    Nampak gaya kene ubah la sukatan sains tahun 6.

  • hasrul Says:
    August 25th, 2006 at 10:12 am

    wah…. kalau macam ni susah ler. pluto dah sebati dengan diri kita. camner yer….. sukatan pelajaran pun kena tukar.. banyak jugak buku² fasal planet ni.

    saya pun minat jugak bidang astronomi ni, tapi tak ler extreme sangat.

  • leLabu Says:
    August 25th, 2006 at 1:27 pm

    abis tu kartun anjing yg nama pluto tuh dah x bleh cari makan la yer.. :-)

  • zakry Says:
    August 25th, 2006 at 1:27 pm

    It was on ‘The Malay Mail’!! not sure was it yeterday or today…

  • Labanon Says:
    August 25th, 2006 at 3:29 pm

    Wahhhhhhh sedihnya :(

  • hasrul Says:
    August 25th, 2006 at 5:10 pm

    bila difikir²kan apa kita boleh buat. yang hidup pasti akan mati, yang ada pasti akan tiada kecuali Allah.

    Allah tarik satu persatu.

    Yang penting kita teruskan hidup, kuatkan iman. Giliran kita akan tiba kelak.

  • BAGAK Says:
    August 26th, 2006 at 7:48 am

    Balu saintis yang menjumpai planet tersebut berasa sangat sedih kerana pengumunan tersebut.
    Mendiang suaminya bergitu bermati2an mempertahankan teori pluto sebagai planet.
    Sains adalah sesuatu yang berubah, peralatan tahun 1930 amat berbeza dengan peralatan zaman moden sekarang. Teori sekarang mungkin dah tak boleh pakai 50 tahun akan datang. Itu semua kena ingat..

  • mdpai Says:
    August 26th, 2006 at 8:35 am

    em betul, mungkin satu hari nanti pluto akan dimasukkan semula dalam sistem suria, siapa tahu?

  • surfaddict Says:
    August 26th, 2006 at 6:18 pm

    argh…tidak…sedihnya…planet pluto antara planet yg saya paling minat..dulu join kelab astronomi di uitm jengka…xperlah..mungkin 50 thn akan dtg, ada cite yg lain plak ttg planet ni..(50 thn, ada lagi ke kita ni??heheh)

  • sham Says:
    August 27th, 2006 at 12:50 pm

    Kita sejak dari kecik lagi kalo nama planet tu..pluto planet paling jauh,,sekarang ia dah jadi kenangan dan sejarah..

  • syam Says:
    September 15th, 2007 at 9:52 pm

    kan dah ditarik balik…………pluto dah dianggap sebagai planet balik ar….

  • syam_skyline88 Says:
    September 15th, 2007 at 9:57 pm

    kan dah ditarik balik berita tu……….pluto masih lagi dianggap planet dlm sistem suria ar…



This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.