Recently Posted

advertisement


Archive for September, 2007


Bagaimana membuat text link submit form anda

Salam kepada semua pengunjung mdpai.com, jam menunjukkan pukul 3.30 pagi, saya baru sahaja menghantar salah satu projek terbaru saya kepada client. Masih tinggal 2 projek yang masih belum disiapkan, alamatnya weekend ni duk menghadap depan laptop je la. Kebetulan pula saya tengah demam, jadi slow sikit buat kerja tu..

Cuaca di sini sekarang tidak menentu, sekejap panas sekejap sejuk. Memang sampai menggigil..huuuuh tu yang buat sampai demam tu.. Kelas hari jumaat pun saya tak pergi ( demam + malas = tak pergi kelas) hehe..

Ok, kali ni kita membincangkan tentang bagaimana untuk submit form..Cara biasa yang digunakan ialah dengan menggunakan button submit

<input value="Submit This Form" type="submit" />

Namun terdapat dua lagi cara untuk membolehkan kita melakukan perkara yang sama iaitu dengan menggunakan custom button atau dengan menggunakan text link sahaja.

(more…)

Popularity: 100% [?]


Confirm Form Submission (JavaScript)

Mungkin anda sedang membangunkan satu sistem yang membabitkan database, contoh mudah, satu sistem student management di mana maklumat2 student disimpan di dalam database dan dikendalikan oleh seorang penyelia IT.

Setiap tahun pasti ada student yang menamatkan study mereka, dan sudah tentunya maklumat mereka ini perlu dipadamkan dari database sistem kita tadi. Secara asasnya, kita hanya perlu menyediakan satu form, dan beberapa sql statement utk memadam maklumat2 tadi.

(more…)

Popularity: 27% [?]


PHP 101

Jika anda mahu belajar PHP secara rileks, saya cadangkan anda pergi ke PHP 101: PHP For the Absolute Beginner tutorial . Ia dibahagikan mengikut bahagian2 kecil yang senang difahami. Memang seronok membaca tulisan hasil Vikram Vaswani ni, humor2 yang diselitkan bersama2 dengan tutorial2 php beliau memang menarik.

Sekian.

Popularity: 24% [?]


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ramadhan, ni jugak bermakna dah dua kali saya menyambut ramadhan di perantauan, dan bakal menyambut syawal untuk kali kedua di sini. Menyambut bulan ramadhan di negeri orang ni jauh bezanya nak dibandingkan dengan di Malaysia. Murtabak? Roti John? Nasi Ayam? Air Kelapa? Jangan harap la nak jumpa, pasar Ramadhan pun tak wujud. hehe..

(more…)

Popularity: 17% [?]


MySQL Function dalam PHP : 1

Dalam post saya yang lepas, saya menerangkan tentang command SQL yang boleh kita pakai jika kita menggunakan PHP dengan database. Post kali ini pula, saya akan menerangkan tentang function2 MySQL yang boleh kita guna pakai dalam PHP termasuk dengan parameter function2 tersebut. Dalam bahagian 1 ini, saya hanya akan terangkan beberapa fungsi yang asas (yang selalu digunapakai jika kita bekerja dengan database).
mysql_connect();

Function ini digunakan untuk membuka sambungan dengan server mysql. Juga terdapat mysql_pconnect() yang fungsinya tidak jauh berbeza dengan mysql_connect()
Parameter : [string $server [, string $username [, string $password [, bool $new_link [, int $client_flags]]]]]

Contoh penggunaan biasa:

$link = mysql_connect('localhost', 'mysql_user', 'mysql_password');
if (!$link) {
die('Could not connect: ' . mysql_error());
}
echo 'Connected successfully';
mysql_close($link);
?>

mysql_close();

Function ini digunakan untuk menutup sambungan dengan server mysql.

Parameter : [resource $link_identifier]

Contoh penggunaan biasa:

$link = mysql_connect('localhost', 'mysql_user', 'mysql_password');
if (!$link) {
die('Could not connect: ' . mysql_error());
}
echo 'Connected successfully';
mysql_close($link);

mysql_error();

Function ini digunakan untuk menyimpan mesej error dari operasi sql yang terakhir.

Contoh penggunaan biasa:

$link = mysql_connect("localhost", "mysql_user", "mysql_password");
 
mysql_select_db("nonexistentdb", $link);
echo mysql_errno($link) . ": " . mysql_error($link). "\n";
 
mysql_select_db("kossu", $link);
mysql_query("SELECT * FROM nonexistenttable", $link);
echo mysql_errno($link) . ": " . mysql_error($link) . "\n";

(more…)

Popularity: 19% [?]


SQL Short List

Dibawah merupakan listing syntax atau command untuk MySQL (pemprosesan database). Saya ni jenis yang tak suka hafal, jadi selalunya saya akan buka beberapa tab dalam browser, khas untuk reference PHP, MySQL, dan Javascript (bukan perangai coder yang baik, jadi jgn contohi).
Dalam 2-3 post akan datang, saya akan tekankan tentang database (saya gunakan MySQL). (more…)

Popularity: 12% [?]