
Archive for March, 2007


Seringkali, kita sering membaca semula code PHP yang kita tulis setengah tahun yang lepas. Tapi, mesti kita terfikir, “..ni code ke apa ni? aku coding macam ni ke, tak faham langsung!..”. Ha tulah jadinya jika kita coding sesuka hati tanpa berfikir dahulu, salah satu ciri code PHP yang baik adalah walaupun 6 bulan selepas itu, kita masih lagi faham apa yang kita telah tulis. Kebaikan untuk ini adalah, kita boleh menggunakan semula code2 lama kita tanpa perlu menulisnya kembali, sng cerita jimat MASA.
Bagi saya, 2 benda yang paling penting untuk tujuan ini ialah nested block dan juga commented block.
Contoh:
if($user == "admin") { //if user == admin//code utk admin di siniif($varA == $varB) { //if varA == varB//code di sini//code lagi di sini} //end if varA == varB} //end if user == admin
Dalam code di atas, ada 2 blok IF, tengok yang saya telah komen setiap pembuka blok dan juga penutup blok. Ini penting jika code anda itu panjang dan terdapat banyak blok. Jika kita membaca code ini setahun akan datang pun, kita akan tahu, penutup blok ini untuk blok yang mana, penutup yang ini pula untuk blok yang mana. Jadi kita boleh jimat MASA untuk proses coding di kemudian hari.
Satu perkara lagi yang sering dilupakan ialah nested block. Lihat yang saya telah tabkan blok2 code saya. Nampak lebih teratur dan kemas bukan? Satu kelebihan utama berbuat begini ialah code kita senang dibaca oleh orang lain dan juga oleh diri kita sendiri.
Kesimpulan, saya tahu yang walaupun kita tak buat 2 convention di atas, memang takde masalah, code kita still betul. Tapi cuba bayangkan, 2-3 bulan selepas itu, kita nak tambah atau edit code kita yang sedia ada. Ha time tu baru tau kepentingan convention ni. =)
Popularity: 8% [?]


Pagi ni saya sedikit kesal kerana telah melakukan satu kesilapan kecil yang membawa kepada kesilapan yang lebih besar. Saya jarang mengemas desktop laptop saya, kalau icon dah penuh satu desktop tu, barulah terasa nak kemas. Delete file sana, copy paste sini. Last2 sekali bersih lah desktop saya tu.
Then lepas beberapa minit, baru saya perasan saya terdelete folder script afflink manager yang saya janjikan pada pembaca mdpai.com tak berapa lama dahulu. Saya pun terfikir, “..alah, terdelete, cari je la balik dalam recycle bin kan? apa susah…”, saya pun bukak la recycle bin dengan penuh harapan dapat restore balik folder script tu.
Popularity: 7% [?]


Mungkin ada sesetengah dari kita yang mahu menukar warna tulisan di dalam wordpress ni tapi tak tau di mana. Ada beberapa cara yang boleh digunakan, seperti hard coding CSS (cara ni hanya untuk menukar keseluruhan warna post anda), atau mengikut kata salah seorang kawan saya dari WC, dengan menggunakan plugin firefox (nama plugin tu performance kalau tak silap saya).
Saya pula, saya lebih selesa menggunakan tag span untuk tujuan ini. Pertama sekali tulis post anda seperti biasa. Kemudian save untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Pada toolbar wordpress, tekan pada butang HTML.
Popularity: 16% [?]















