
Archive for February, 2007


Ini adalah sambung dari post Bina iklan anda Bhg 1
6. Tip: Letakkan Teks “Klik Sini” / “Sila Klik Saya” / “click here” untuk menyuruh pelawat mengklik iklan anda. Ia sangat penting walaupun anda tahu pelawat sedia maklum bahawa iklan adalah sememangnya untuk diklik. (tip ini diperolehi daripada pakar-pakar pemasaran Internet).

7. Baiklah. Jika kesemua teks dan Imej yang anda letakkan sudah cukup, kita mulakan kerja-kerja penyuntingan animasi. Mula-mula klik butang “Duplicates current frame” untuk menambahkan frame pergerakan. (seperti gambarajah di bawah):

Popularity: 9% [?]


Seperti contoh di atas, anda pasti selalu melihat iklan-iklan kecil yang selalu dipaparkan di mana-mana laman. Ada pelbagai saiz , bentuk dan jenis fail animasi yang digunakan. Iklan yang paling popular digunakan adalah jenis fail *.gif (animated GIF) dan *.swf (Shockwave Flash file).. Pada hari ini, kita sama-sama mempelajari satu teknik mudah bagaimana untuk membuatnya (untuk versi GIF). Anda cuma memerlukan perisian Adobe Image Ready. (kebiasaanya didatangkan khas bersama Adobe Photoshop). Mari kita mulakan.
1. Sila open perisian Adobe Image Ready anda (saya hanya menggunakan Adobe versi lama, jadi tidak ada masalah untuk Adobe yang versi terkini.)

2. Klik “File” > “New” untuk memulakan fail baru.

Popularity: 10% [?]


Saya telah pun menyiapkan hampir 90% sistem penyelarasan affiliate yang sy ada janjikan pada post2 sebelum ini.. Sebenarnya sistem ni sy dah test kat localserver (pc saya), dan ianya dah berjaya..Namun setelah sy cuba upload, terdapat error file creation..insyaAllah saya akan memperbaiki error ini secepat mungkin…Nantikan sistem ini daripada saya.
UPDATE TERKINI:
Saya sedang menambah beberapa fungsi kepada sistem.
Popularity: 10% [?]


Walaupun cuti summer lagi 4 bulan, tapi bahangnya memang terasa..ni semua disebabkan kami dahpun beli tiket untuk pulang ke Malaysia..Harga tiket tidaklah terlalu mahal, berbaloi dengan perjalanan yang jauh (saya akan berada 12 jam dalam perut kapal terbang, mesti tidur je =) )…Tapi untuk student macam saya ni, memang terasa la 800 euros (dalam rm3600) tu melayang..Nak buat macam mana kan, takkan taknak balik pula..Lagipun rindu dengan suasana aman Malaysia, tempat lain memang tak dapat nak lawan..
Dengan keadaan cuaca yang tak menentu di Malaysia, syukur cuaca kat sini amat baik..Walaupun berada dalam musim sejuk, namun suhunya tidaklah sesejuk mana, dalam 7-9 darjah celcius saja. Mungkin disebabkan bandar Nice ni berada berhampiran dengan pantai, jadi cuacanya berlainan sedikit jika hendak dibandingkan dengan tempat lain. Di sini pun tiada salji yang turun, menurut kata-kata senior yang terdahulu, memang jarang salji turun, mungkin 4-5 tahun sekali..Nampaknya tak dapatlah saya nak buat snowman kat sini..hehe
Popularity: 7% [?]
















