
Archive for December, 2006


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana merekabentuk banner anda. Ia amat mudah dan anda boleh mempraktikannya :).
Dibawah adalah contoh banner yang saya telah buat, anda boleh mengubahnya mengikut citarasa anda dan daya kreativiti anda.

1. Buka aplikasi photoshop, kemudian klik File>New. Namakan ia sebagai ‘banner’. Setkan Width 780px dan Height 140px. (Anda boleh merubahnya mengikut saiz yang anda kehendaki).

2. Setelah itu, klik Layer>New. Namakan ia sebagai ‘latarbelakang‘. Tukarkan warna pada ’set background color’. Ia seperti gambar ini
. Selepas itu, klik Paint Bucket Tool
dan klik pada banner kita tadi. Anda akan mendapat hasil seperti di bawah.

3. Kemudian klik Layer>New. Namakan ia sebagai ‘warnadidalam’. Klik pada
Rectangular Marquee Tool. Buatkan satu kekotak baru didalam banner kita tadi. Dan warnakan ia mengikut citarasa anda dengan mengunakan Paint Bucket Tool
.
4. Selepas itu, Klik sekali lagi pada Layer>New. Namakan ia sebagai ‘logo‘. Klik pada Custom Shape Tool
. Pilihlah logo yang anda inginkan seperti di gambarajah dibawah.
Anda akan hasil seperti di bawah ini

5. Langkah kelima, klik sekali lagi pada Layer>New. Namakan ia sebagai ‘garisan‘. Klik pada Rectangular Tool, buat garisan tebal seperti di bawah,

Untuk mendapatkan garisan-garisan yang lain, anda cuma perlu duplicate layer tersebut, seperti gambarajah di bawah, anda hanya perlu klik kanan pada mouse,

6. Langkah terakhir, klik pada Layer>New. Namakan ia sebagai ‘namawebsiteanda‘. Klik pada logo ‘T’ yang mewakili teks. Taiplah nama website anda atau pun apa sahaja mengikut keperluan anda. Dan anda akan mendapat hasil seperti banner di atas.
Selamat mencuba!
by : aidacutes
Popularity: 12% [?]


Produk terbaru dari Vince Tan, Adsense Blackhat Edition yang mendedahkan tools yang boleh digunakan untuk menambah angka2 dalam akaun adsense kita. =) tentunya menarik kerana ianya percuma. Join sekarang.
Klik gambar buku diatas untuk sertai sekarang!
Popularity: 8% [?]


Kali ini adalah function random string, function yg selalunya digunakan untuk membina random activation code kepada user, (activation code yang selalu kita dapat didalam email ketika kita register disesebuah laman web). Selamat mencuba!
$len =16; $base='ABCDEFGHKLMNOPQRSTWXYZabcdefghjkmnpqrstwxyz123456789'; $max=strlen($base)-1; $activatecode=''; mt_srand((double)microtime()*1000000); while (strlen($activatecode)<$len+1) $activatecode.=$base{mt_rand(0,$max)}; echo $activatecode;
download contoh code di sini
Popularity: 10% [?]


Untuk Server Side Scripting seperti PHP, anda memerlukan localserver untuk membolehkan pc anda berlagak seolah2 server (untuk membenarkan php dirun di pc anda).
Klik sini untuk download localserver anda.
Saya ambil contoh localserver dari Uniform Server, anda boleh akses ke admin panel localserver dengan http://localhost/a/ (server lain spt xampp atau msas mungkin berlainan). Dari situ anda boleh ke phpmyadmin atau ke web anda.
Semua file PHP wajib disimpan di dalam folder www (ketika anda run server anda, drive baru W: akan dibina, folder www ada di dalam drive ini). Sebagai contoh, jika anda hendak membina 2 website, buat dua folder berlainan di dlm folder www tersebut. Cth folder: Web1 dan Web2. Jadi jika anda mahu mengakses web anda, di browser anda, taip http://localhost/Web1.
Popularity: 7% [?]


Tahukah anda, perisian Magic Photo Editor ini amatlah mudah untuk anda gunakan? Ia mempunyai koleksi frame yang pelbagai serta koleksi mask yang anda cuma perlu klik sahaja!
Lihat contoh gambar di bawah yang telah saya edit menggunakan perisian ini.


Mudahkan? jika anda ingin mencuba nya. Klik pada url ini untuk memuat turun(download) perisian ini. http://www.picget.net/magicphoto/download.html
Selamat mencuba!! ![]()
Popularity: 12% [?]


Saya ingin berkongsi dengan anda tentang penggunaan Adobe Photoshop cs. Untuk pengetahuan semua, version photoshop yang telah diupgrade ini mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Adakah anda masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang anda boleh lakukan dengan menggunakan perisian ini? Percaya atau tidak, selepas mengetahui kelebihan perisian ini, anda pasti menyukainya!
Diantara aktiviti yang anda boleh lakukan dengan penggunaan aplikasi ini adalah :
- Memperbaiki, menambah baik imej gambar
- Membuang red-eye yang selalu berlaku pada kebanyakkan gambar
- Mereka bentuk laman web
- Mereka bentuk video grafik
- Meletak efek tertentu pada grafik
dan seribu macam lagi yang anda boleh lakukan.
Popularity: 13% [?]


Ok, kepada yang pernah balajar C atau C++ mungkin tahu bahawa function amat berguna di dalam dunia programming. Ia membenarkan kita menggunakan kembali sesuatu script mudah tanpa perlu menulis balik script tersebut. Saya sertakan contoh function untuk email validation.
Popularity: 8% [?]


HTML adalah satu Penguraian Jenis Data atau DTD (Data Type Descriptor) bagi Bahasa Penanda SGML (Standard Generalised Markup Language). HTML adalah ringkasan daripada HyperText Markup Language iaitu merupakan DTD SGML yang paling popular.
Bahagian utama sesuatu dokumen HTML adalah teksnya. Teks ini ditanda dengan menggunakan label atau tag HTML. tag - tag kelihatan seperti berikut :
Ini Satu TAJUK HTML
= Tag Bermula
Ini satu TAJUK HTML = Teks yang akan terpapar
= Tag Akhir
Setiap tag HTML ditutup oleh pasangan simbol >. Kebanyakan tag akan mempengaruhi sebahagian teks dan digunakan secara berpasangan. Semua maklumat penandaan yang anda bekalkan kepada pelayar web adalah di dalam bentuk tag.
Sesetengah jenis tag memerlukan maklumat tambahan. Misalnya tag IMG (yang menghasilkan imej terbenam) memerlukan nama fail imej dan mungkin juga maklumat mengenai saiz imej dan bagaimana pelayar web harus menyusun teks di sekeliling imej tersebut.
Maklumat - maklumat ini dipanggil “attribute” tag itu. Hanya tag mula mempunyai attribute - attribute. Contohnya adalah :

= menandakan jenis tag iaitu tag imej
SRC = Nama attribute iaitu singkatan kepada source dan memberi lokasi fail
andy.gif = Nilai attribute.
Baiklah, saya yakin anda sudah mula memahami serba ringkas tentang asas HTML. Kita akan sambung pembelajaran ini seterusnya dengan membuat satu page HTML menggunakan Notepad.
Popularity: 8% [?]


Untuk menambahkan fungsi pada function PHP kita, kita boleh menambah parameter pada function kita. Parameter boleh diumpamakan sebagai variable.
Function NamaSaya() di bawah memberi output yang berbeza untuk input yang berbeza.
function NamaSaya($namaAyah) { echo "Wan Mohd Fairuz bin $namaAyah"; }
contoh code:
function NamaSaya($namaAyah) { echo "$namaAyah"; } echo "Wan Mohd Fairuz bin "; NamaAyah("Wan Ismail"); echo "Wan Mohd Fairuz bin "; NamaAyah("Wan Harun");
Output untuk code di atas ialah:
Wan Mohd Fairuz bin Wan Ismail
Wan Mohd Fairuz bin Wan Harun
Popularity: 8% [?]


Ternary Conditionals (menggunakan operator ternary) adalah salah satu cara untuk menjimatkan masa anda menulis code PHP. Strukturnya yang kelihatan susah untuk difahami menyebabkan ianya tidak popular dikalangan programmer.
Sebagai contoh kita ada blok code seperti dibawah:
if (condition) { variable = value-if-true; } else { variable = value-if-false; }
Dengan menggunakan ternary conditional, kita boleh menggantikan code di atas dengan:
variable = (condition) ? value-if-true : value-if-false;
Semudah itu bukan? Saya sertakan contoh-contoh supaya fungsi ini senang difahami:
if (date("G") < 12) { echo 'Selamat Pagi'; } else { echo 'Selamat Petang'; }
boleh digantikan dengan:
echo (date("G") < 12) ? 'Selamat Pagi' : 'Selamat Petang';
atau
$greeting = (date("G") < 12) ? 'Selamat Pagi' : 'Selamat Petang'; echo $greeting;
Download kod di sini
Popularity: 5% [?]
















