
Archive for September, 2006


Sempena bulan Ramadhan, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga sepanjang bulan puasa ni, rezeki kita bertambah.
Sehari sebelum puasa, kami pelajar Malaysia di sini pergi melawat ke SanRemo, Itali, sebuah bandar lama yang masih kekal hingga ke hari ini. Perjalanan menaiki train trenitalia dari Nice ke SanRemo mengambil masa lebih kurang 75 minit (sempat la juga tertidur dalam train tu).
Popularity: 7% [?]


Post saya kali ni hanya borak-borak kosong memandangkan saya tiada apa untuk dipost setakat ini. Bahan tu ada, tapi belum dikaji sepenuhnya. Mungkin di post akan datang.

Semalam (Isnin) kami pelajar Malaysia di sini menganjurkan satu majlis kecil buat semua lecturer-lecturer yang mengajar kami, orang putih semuanya…Jadi sehari sebelum majlis tersebut, sibuklah kami menyediakan makanan ala Malaysia spt rendang, nasi lemak, agar-agar untuk disajikan kepada tenaga pengajar kami tu. Buat rendang punya pasal, pukul 4 pagi baru kami tidur. Biasalah semuanya amatur lagi dalam bidang masakan ni.
Popularity: 6% [?]


Setelah lebih 2 minggu tidak membuat sebarang post, akhirnya saya kembali..Bukannya menyepi diri tetapi sibuk dengan pelbagai perkara. Kelas di universiti pun dah bermula, faham2 je lah life di universiti, penuh dengan assignment2 yang menunggu masa untuk disiapkan.
Sepanjang 2 minggu ni, saya juga sibuk untuk menambah jumlah laman web di dalam WMF Networks. Hasilnya 5 buah laman web baru telah berjaya dihasilkan. (Makin sibuk la nampaknya lepas ni). Terima kasih kepada sdr Hasrul kerana banyak membantu, memang banyak masalah yang timbul tapi mujurlah semuanya dapat ditangani dengan bantuan beliau.
Popularity: 6% [?]















