
Archive for August, 2006


Selamat menyambut hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Di sini saya mahu mengumumkan bahawa promosi hosting percuma mdpai.com telah pun berakhir, dan tiada lagi hosting percuma akan diberikan bermula hari ini. Harap maklum.
Sekian.
p/s: saya akan menghadapi peperiksaan pada 1/9/06. Doakan saya berjaya.
Popularity: 9% [?]


“..Iranian President Mahmoud Ahmadinejad’s Blog we dealt with last week has been hacked and defaced today. The defacement was notified to Zone-H by a group of crackers known as “Y Underground” that put down the website (based on Windows 2000 + IIS 5.0) using an attack reportedly based on a web application loophole (uhm… yes, another one). The interesting thing is that the Y Underground group is from Iran, and apparently they chose their own president’s personal blog to post messages in support of Iranian nuclear campaign . At first they posted a deface page reporting only phrases in Farsi (our mirror is related to this) , then they “updated” it some time later, posting also an English slogan in support of Iran’s wishes of nuclear glory. Weird, isn’t it? More details to come…”

Em tadi surfing kejap, terjumpa pula laman web yang menyenaraikan laman-laman web yang telah digodam oleh pengodam (hacker), apa yang menghairankan saya, blog presiden Iran pun diorang nak hack! apalah nak jadi.. Kumpulan Y underground ini menggunakan blog yang telah digodam itu untuk memaparkan mesej yang menyokong kempen nuklear Iran. Em pelik bukan.
p/s: Kesian blog-blog yang dihack ni. Teringat pula blog smartusaha yang telah dihack tak lama dulu.
Popularity: 10% [?]


“…Asked how he felt on Chad’s order for Petronas to leave the country within 24 hours on Saturday, Abdullah hoped they would give the national oil corporation ample time to sort out due payments, if any, or to leave in a amicable way…”
Itulah satu petikan dari berita Business Times tentang syarikat minyak terkemuka negara, dihalau diberi notis 24 jam untuk keluar dari Chad kerana menurut akhbar-akhbar luar negara, atas sebab salah faham tentang pembayaran cukai sebanyak $450 juta.
Untuk pembacaan lanjut, boleh singgah di:
http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Monday/Frontpage/BT583703.txt/Article/
http://www.forbes.com/business/feeds/ap/2006/08/27/ap2975394.html
Apa pendapat anda? Saya nak komen lebih-lebih pun tak tahu sangat situasi di Malaysia ni.
Popularity: 6% [?]


Dalam masa seminggu ni mungkin saya tidak akan menulis apa-apa post memandangkan saya akan menghadapi peperiksaan Diplome de Langue (diploma bahasa) pada hujung minggu ini. Untuk melawat ke blog lain juga mungkin tidak berkesempatan, tapi akan saya usahakan.
Harap maklum, sekian.
p/s: saya dalam proses menambah baik blog mdpai.com. Apa-apa komen membina boleh dihantar ke info@mdpai.com
p/s/s: Tawaran hosting PERCUMA tinggal lagi beberapa hari, cepat sebelum tarikh promosi tamat. Jangan terlepas. -> http://www.mdpai.com/2006/08/18/hadiah-kemerdekaan-buat-pengunjung-mdpaicom/
Popularity: 7% [?]


Baru sebentar tadi saya dikejutkan dengan berita yang planet Pluto tidak lagi dianggap sebagai sebuah planet dalam sistem suria tetapi hanyalah ‘dwarf planet’. Pluto yang dijumpai pada 1930 tidak lagi termasuk dalam sistem suria bersama-sama dengan Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytary, Saturn, Uranus dan Neptun.
Pluto dikeluarkan dari sistem suria kerana menurut pakar, orbitnya bertindih dengan Neptun menjadikan ianya tidak mempunyai ciri-ciri bagi sebuah planet, tetapi hanyalah sebuah ‘dwarf planet’, sama seperti planet kecil yang lain, komet dan juga asteroid.
Saya memang berminat dengan astronomi dari kecil lagi, bahkan pernah ada cita-cita hendak menjadi ahli astronomi, namun di Malaysia, bidang ini tidak begitu diutamakan menyebabkan cita-cita saya terkubur. Adakah anda setuju Pluto dikeluarkan dari sistem suria?
Popularity: 7% [?]


Si A membina website yang penuh dengan informasi, sungguh canggih, siap ada gerak2 lagi. Pendek kata, website yang sempurna. Memikirkan yang dia telah membina website yang sempurna, apa yang si A lakukan hanyalah submit websitenya itu ke beberapa search engine utama.
Si B pula hanya membina website yang sederhana, tapi sedap mata memandang. Maklumat di dalamnya pun walaupun tak dikatakan banyak seperti si A tadi, namun memadai. Si B juga melakukan apa yang dilakukan oleh si A namun dengan beberapa lagi tambahan.
Popularity: 7% [?]


Saya sekali lagi tiada masa untuk diluangkan pada blog saya. Amat-amat sibuk dengan beberapa projek terkini. Bercampur aduk semuanya.
Itulah akibatnya kalau tak menyusun dengan baik. Salah sendiri.
Draft pun sudah ada 5 yang menunggu masa untuk dipublish, tapi masa yang tidak sesuai pula. Dalam kelas 9 yang akan datang, saya akan menerangkan bagaimana script mailing list/opt-in/newsletter berfungsi. Contoh script untuk dicuba juga akan disertakan sekali.
Dalam post akan datang juga saya akan menyertakan 4 cara percuma untuk ,menngkatkan traffic website anda. Tunggu…
Sekian,
Popularity: 4% [?]


Berhubung dengan tawaran di http://www.mdpai.com/2006/08/18/hadiah-kemerdekaan-buat-pengunjung-mdpaicom/. Ada beberapa pendaftaran yang belum didaftarkan kerana beberapa masalah. Kepada nama di bawah sila email saya di info@mdpai.com untuk melengkapkan pendafaran.
- surfaddict
- esta
- Muhd Muaz
- Adly Bin Mukhtar
p/s : Sila sertakan sekali nama domain yang ingin didaftarkan.
Popularity: 6% [?]


Ha, nampak macam menarik je kan tajuk kat atas. Memang betul, saya berhajat untuk memberi sedikit hadiah, walaupun tak banyak saya harap ia dapat membantu, kepada pengunjung-pengunjung setia mdpai.com.
Hadiah tersebut merupakan hosting percuma selama setahun (mungkin lebih, bergantung) dengan ruang 30 MB 40 MB. Antara features hosting yang saya fikirkan perlu, seperti 1 add-on domain, 10 subdomain, 2 database MySQL, 2 email account juga akan disertakan sekali. Features Click Be! juga akan disertakan. Click be! ialah satu web generator di mana anda boleh membina laman web anda dengan hanya menekan beberapa butang! Fungsi ini hampir tiada di kebanyakkan hosting lain.
Popularity: 9% [?]


Tentu anda pernah terlihat url seperti www.domain.com/index.php?page=about. Mungkin anda tertanya-tanya apakah maksud url sebegitu panjang. www.domain.com adalah domain bagi web tersebut, index.php adalah layout manakala about adalah file content. Secara ringkasnya, index.php menggunakan layoutnya yang tersendiri dan menggunakan about untuk contentnya.
Apa yang dibuat oleh index.php?page=about adalah memberi nilai about kepada variable $page. Dengan kod PHP, kita katakan “jika variable $page sama dengan “about”, include “about.inc” dalam file tersebut:
Popularity: 8% [?]















