Recently Posted

advertisement


Archive for July, 2006


Kelas 3 - Variables

Variables = pemboleh ubah. Ia boleh diumpamakan sebagai sebuah bekas yang boleh diisi dengan satu benda yang kita mahu. Secara mudahnya, kita boleh memberi sesuatu nilai kepada variable kita. Di dalam PHP, variable senang dikenali kerana ia bermula dengan tanda $, cthnya $var.

Cuba code di bawah:

$nama = "mdpai";
$umur = 21;
echo "Nama saya $nama. Umur saya $umur tahun";

Bagaimana saya boleh menggunakan variable?

Mungkin ini soalan yang selalu ditanya oleh anda. Variable memang banyak digunakan di dalam PHP, terlalu banyak. Contoh yang terbaik ialah Form HTML yang mengumpulkan input dari user dan kemudian menggunakan input tersebut di page yang lain.

Create kelas3.php untuk tujuan ini. Code untuk file ini boleh di download di sini; kelas3.php (Jangan lupa click kanan dan tekan Save As). Cuba tengok hasilnya.

Popularity: 7% [?]


Kelas 2 - Script PHP pertama anda

Ok, buka HTML editor anda, dan type code berikut:

echo "Hello World";
  • Function print () akan menghantar data ke server.
  • String mesti dikelilingi oleh “” ataupun ”.
  • Tanda semicolon ; mengakhiri penyataan PHP.

Save file tersebut sebagai “test.php” (semua file PHP mesti disave dengan format ***.php) dan cuba view file tersebut.

Sila download contoh berikut. Klik di sini.

Popularity: 7% [?]


RM675…..

RM675, jumlah yang saya belanjakan sebentar tadi untuk membeli belah. Nampak macam jumlah yang besar tapi hakikatnya saya hanya membeli 6 helai baju, sehelai seluar dan sepasang kasut. Itulah hakikatnya hidup di Nice, France yang taraf hidupnya lebih tinggi berbanding dengan Malaysia. Nilai wang yang digunakan di sini, Euro 4.6 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia. Bermaksud 1 Euro = RM4.60. Satu nilai yang besar..

Satu contoh, makanan yang selalu saya makan di sini, iaitu kebab. Kebab di sini rata-ratanya berharga 5 euro, ataupun RM23 setiap satu!! Jadi bayangkan berapa yang saya belanjakan untuk makan sahaja di sini? Oleh kerana itulah saya selesa untuk masak sendiri sahaja. Lebih jimat, makan nasi pula tu. :)

Mujurlah kerajaan Malaysia, khasnya MARA memperuntukkan wang yang cukup untuk kami di sini, iaitu sebanyak RM5000 atau 1000 Euro (hampir-hampir) setiap bulan. Wang yang saya gunakan ini tak lain dan tak bukan, datang dari wang cukai anda juga.. Jadi secara tak langsung anda dapat pahala dengan membayar cukai anda, betul tak?

Popularity: 6% [?]


5 cara untuk memastikan web anda dilawati…

Semua orang tahu kat dunia cyber ni ada berjuta-juta (tak terkira) laman web. Jadi berapakah peluang untuk website kita diperasan oleh pengguna-pengguna internet ni? Kalau kira berdasarkan formula kebarangkalian, alamatnya memang takde la orang nak masuk. :p

Jadi saya sertakan kat sini 5 cara asas untuk mengatasi masalah “web takde orang nak masuk” ni.

#1 - Pastikan reka bentuk yang professional

Tiada siapa yang nak masuk web yang kelihatan seperti buku report tingkatan 3. ;P Professional di sini, bukanlah bermaksud kita kena membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mengupah seorang pakar, tetapi web kita tu kenalah mempunyai reka bentuk menarik dan tersusun. Web yang senang dilayari (web yang ringan) juga memainkan peranan penting.

#2 - Submit URL anda di semua search engine

Pastikan website anda disubmitkan ke semua search engine yang ada, ini untuk meningkatkan peratusan pelawat masuk ke web anda.

(more…)

Popularity: 10% [?]


7 tips untuk membina laman web yang membuat duit…

Mempunyai laman web yang mempunyai Google Adsense semestinya amat menarik, lebih-lebih lagi jika laman web tersebut mempunyai pengunjung yang ramai, jumlah klik yang tinggi sudah tentunya akan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Apa yang kita perlu ada hanyalah akaun Google Adsense yang sudah tentunya percuma (jika ada yang belum mempunyai akaun adsense lagi, bleh klik di sini) dan juga laman web atau blog yang juga adalah percuma (jika anda sendiri yang membuatnya). Semua percuma? jadi dapat duit free la? Ha..tau takpe..

 

 

Tapi jangan gembira terlalu awal, kerana mengikut kajian, hanya 2% dari mereka yang menyertai program Adsense berjaya. Kajian ini menunjukkan ia tidak sesenang yang disangka, kerana untuk berjaya, kita perlukan taktik dan strategi yang tersendiri; sama seperti kita mahu berperang, sudah tentu kita perlukan taktik dan strategi yang mantap untuk mengalahkan musuh kita.

#1 - Kepadatan keyword (keyword density)

Sebelum meletakkan code adsense di web anda, pastikan kepadatan keyword anda di tahap yang boleh dikatakan ok. Ini untuk memastikan iklan yang betul muncul di web anda, tidaklah nanti web anda tentang kasut, tapi iklan pula keluar pasal komputer. Siapa pula nak klik kan? Satu cara mudah dan percuma memastikan iklan yang betul akan keluar di web anda adalah dengan pergi ke http://www.resultsgenerator.com/adsense/.

Jika iklan yang keluar tidak sesuai dengan web anda, jangan bersedih kerana apa yang anda perlu buat hanyalah menukar keyword anda, semudah itu! Jika anda tidak pasti keyword apa yang perlu digunakan, boleh dapatkan cadangan keyword dari Overture ataupun Word Tracker.

#2 - Fokus

Iklan yang akan muncul di web anda tidak bergantung kepada keyword semata-mata, ia juga bergantung kepada isi kandungan web anda. Jadi keyword dan content anda sepatutnya berkait rapat, janganlah content tentang ubi kentang, tapi buat keyword “Cara nak cepat kaya” pula.. ;P

#3 - Kerap menulis

Lebih banyak maklumat lebih baik. Mengapa? Lebih banyak maklumat di web anda, lebih banyak pelawat akan datang. Ada yang mencadangkan anda menulis satu artikel baru setiap hari memandangkan tidak ada orang mahu membaca artikel yang sama setiap kali mereka melawat web anda!

(more…)

Popularity: 14% [?]


Kelas 1 - Basic PHP

Ok, saya akan mulakan dengan asas-asas PHP terlebih dahulu, takut ada yang masih kosong dengan PHP ni.

PHP adalah sejenis bahasa pengaturcaraan bagi laman web ataupun lebih dikenali sebagai server side scripting language yang ditulis bersama-sama HTML. Perbezaan antara keduanya ialah HTML diproses secara terus di browser user, manakala PHP pula diproses terlebih dahulu di server PHP, kemudian ke browser user.

Nasihat saya sebelum anda baca dengan lebih lanjut, pastikan anda telahpun faham (40% faham pun tak mengapa) kod HTML, terutamanya kod untuk Form. Kerana saya yakin anda akan mengalami kesulitan jika anda belum lagi menguasai HTML (40% menguasai pun tak mengapa). Tapi saya yakin bahawa jika anda betul-betul menguasai HTML, anda tiada masalah untuk menguasai PHP.

(more…)

Popularity: 9% [?]


paypal di Malaysia, wujud cara yang mudah!

Akhirnya terdapat seorang insan yang bagi saya telah menolong begitu ramai sekali netpreneur di Malaysia khasnya dengan artikel beliau yang mendedahkan bagaimana untuk mengeluarkan duit kita dari akaun Paypal di dalam Malaysia sendiri…

Walaupun terdapat pelbagai cara lain lagi seperti membuka akaun bank US yang bagi saya amat melecehkan, membeli sesuatu di internet; cara ini tidak efektif untuk mereka yang mempunyai duit yang banyak di dalam akaun Paypal mereka, dan juga dengan cara traders.

Saya walaupun sekarang tidak berada di Malaysia; tapi di Perancis, (saya boleh mengeluarkan duit dari akaun Paypal saya dengan menggunakan akaun bank saya yang biasa) namun saya amat berminat dengan penulisan beliau di sini, akan tetapi sebelum itu, jika anda masih belum mempunyai akaun Paypal dan baru berkira-kira untuk menyertainya, sila klik di sini untuk mendaftar dengan Paypal.

 

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

 

 

Popularity: 10% [?]


pengalaman di german…

Walaupun agak terlambat, tapi nak juga saya menceritakan pengalaman saya di Dormund, German sempena Piala Dunia baru-baru ini kerana saya rasa pengalaman saya ni boleh dikongsi dengan semua pelawat mdpai.com walaupun tak sehebat mana.

Petang 2 Julai saya bertolak dari Nice terus ke Dortmund. Sepanjang perjalanan, saya tak jemu melihat permandangan yang amat menarik dari tingkap kapal terbang Easyjet yang saya naiki, banjaran Alps, ladang-ladang anggur, ladang-ladang gandum semuanya kelihatan kecil dari pandangan saya.

Sesudah sampai, kami (saya dan rakan-rakan sekelas) terus bertolak ke tempat penginapan kami yang terletak betul-betul di sebelah Stadium Dortmund, tempat yang akan berlangsungnya perlawanan separuh akhir di antara German dan Itali. Penginapan yang disediakan tidaklah begitu selesa, tapi bak kata orang, bolehlah buat tidur. Di sini kami diberikan satu tag di mana kami oleh menaiki pengangkutan awam secara percuma selama 4 hari! emm..menarik.

Jadi keesokkan hari kami bertolak ke Koln (bhs german) atau Cologne dalam bahasa perancis. Di sana kami melawat salah satu tarikan di Koln iaitu Kolner Dome, sebuah kathedral yang amat besar. Saya tak melepaskan peluang untuk masuk ke dalam Dome tersebut dan apa yang saya dapati, seni bina dan seni arkitek Dome ini amat mengkagumkan kerana di dalam Dome itu sendiri, selain dari saiznya yang amat besar, ia penuh dengan ukiran-ukiran yang menarik.

Pada hari perlawanan (keesokkan harinya), kami hanya menghabiskan masa dengan membeli ole-ole world cup di bandar Dortmund. Ada yang borong baju, ada yang beli keychain. Saya sendiri membeli beberapa pasang baju dan keychain untuk kenang-kenangan.

Satu permandangan luar biasa yang tidak boleh saya lupakan ialah melihat penyokong-penyokong German dan Itali yang begitu ramai sekali, ini kerana di luar stadium, tersedia beberapa hall besar beserta skrin besar untuk mereka yang tidak berpeluang untuk masuk ke dalam stadium.

Perlawanan yang berkesudahan dengan German mengalami kekalahan 0-2 tidak mematahkan semangat penyokong-penyokong mereka. Apa yang saya lihat, walaupun mereka kecewa atas kekalahan tersebut, mereka tidak patah semangat. Inilah sikap yang kita perlu ada untuk setiap perkara yang kita lakukan, termasuk dalam perniagaan internet sekalipun, kerana gagal sekali tidak bermaksud gagal untuk selama-lamanya.

Pada petang hari ke-4, saya bertolak pulang ke Nice dengan pengalaman manis yang tidak akan saya lupakan. Mungkin bulan 10 akan datang saya akan ke Paris pula, jadi tunggukan coretan saya di Paris…

p/s: gambar-gambar di German akan saya masukkan nanti. :p

 

 

Popularity: 4% [?]


Ajal dan maut…..

Baru sahaja bangun dan buka komputer untuk online, tiba-tiba dikejutkan dengan berita pelakon terkenal, Hani Mohsin meninggal dunia jam 9.30 pagi (waktu Malaysia) tadi, saya agak terlambat sikit mendapat berita gempar ini memandangkan perbezaan masa Malaysia dan Perancis. Innalillah.

Hani Mohsin merupakan salah seorang super super senior saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Walaupun tak pernah mengenali beliau, tapi saya juga merasakan kehilangan seorang artis yang berkaliber seperti beliau, kerana bagi saya, beliau adalah salah seorang pelakon yang betul-betul menyerlah di persada seni tanah air.

Jadi apa yang saya ingin katakan di sini, ajal dan maut itu di tangan Tuhan, dan kita tidak tahu dan tidak akan tahu bila kita akan menemui ajal. Jadi apa saya rasa, kita patut hidup dan bekerja seperti kita akan mati pada keesokkan harinya tidak seperti kebanyakkan orang yang hanya bersenang lenang tidak melakukan apa-apa kerana beranggapan dirinya masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.

Kerana dalam dunia perniagaan internet, jika kita bersikap bersenang-lenang sebegitu, saya boleh katakan bahawa kita tidak akan berjaya. Jika kita mahukan hasil yang banyak dan lumayan, kita mestilah menggandakan usaha dan strategi kita.

 

Popularity: 9% [?]


Kelas PHP untuk beginner/amatur

Ha! Ini mungkin post yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan orang yang tak jemu meminta saya membuat kelas PHP kepada mereka. Saya tidaklah pakar sangat dalam bidang ini, tapi saya akan cuba sehabis baik untuk menolong mereka ini. Jika anda telah pun tahu tentang pembangunan laman web menggunakan PHP, kelas ini sememangnya bukan untuk anda, kerana saya akan memulakan kelas ini dengan asas-asas yang terdapat dalam PHP.

Untuk yang berminat, sila nyatakan di ruangan komen post ini.

Jika sesiapa mahukan pertolongan tentang pembangunan laman web, khususnya PHP ataupun HTML, jangan segan silu mengajukan pertanyaan anda di sini, atau email terus kepada saya. Sekian.

Popularity: 4% [?]